Program ramah mesra bersama Pusat Asuhan Kanak-Kanak Alamku

19 November 2016 | Berita Terkini

 

Pusat Internet 1 Malaysia Kelang Lama (Pi1M) telah membuat satu program ramah mesra bersama Pusat Asuhan Kank-kanak Alamku pada 8/11/2016. Seramai 20 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dan 4 orang guru telah hadir ketika program berlangsung. Pelbagai aktiviti diisi ketika program antaranya pengenalan Pi1M, suai kenal pengurus dan penolong pengurus. Pembelajaran mengenai asas ICT juga diberi kepada kanak-kanak dan permainan interaktif yang menarik. Maklum balas yang diterima daripada kanak-kanak dan guru yang hadir adalah sangat positif.