Pertandingan Jigsaw Puzzle

19 November 2016 | Berita Terkini

Pada 16/11/2016, Pi1M Kilang Lama telah menganjurkan pertandingan Jigsaw Puzzle yang disertai oleh ahli Pi1M yang berumur 10 hingga 12 tahun. Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian. Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli Pi1M dan penduduk sekitar. Sebelum pertandingan dimulakan, peserta diberi sedikit taklimat mengenai kempen Klik Dengan Bijak. Hadiah pemenang pertandingan diberikan kepada tempat pertama hingga ketiga dan hadiah saguhati diberikan kepada peserta yang tidak menang.