KEUSAHAWANAN : GERAI MAKANAN SELERA MN

25 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Maimun bt Mohd Abu Salleh ialah seorang ahli Pi1M Kelang Lama dan seorang usahawan gerai makanan. Gerai makanan beliau bernama Selera MN beralamat di no.2&3 Plaza MPK 2 Kulim (berdekatan tapak pasar malam Kelang Lama) dan telah beroperasi sejak tahun 2012. Antara juadah makanan yang diniagakan oleh Pn Maimun ialah makanan sarapan, lauk-pauk makan tengahari, makanan berkuah seperti laksa, bihun sup dan mi sup. Harga untuk setiap jenis lauk dan minuman juga berpatutan dan menepati selera mereka yang datang menikmati makanan tengahari dan petang. Waktu perniagaan bermula pada pukul 6pagi-6petang dan tutup pada hari jumaat. Sebarang pertanyaan ataupun ingin membuat tempahan makanan boleh menghubungi terus Pn Maimun di nombor 019-5697793.