Kisah Kejayaan : Mior Ahmad Azmeer bin Mior Ahmad Subki

25 November 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah kejayan yang akan dikongsi kali ini adalah seorang guru tuisyen yang mempunyai cita-cita tinggi dan tanpa berputus asa meningkatkan perkhidmatan beliau. Nama usahawan dari Pi1m Kelang Lama Kulim tersebut ialah Encik Mior Azmeer bin Mior Ahmad Subki berusia 28 tahun. Beliau merupakan guru tuisyen sepenuh masa di Kulim, Sungai Petani dan daerah sekitar. Beliau merupakan bekas penuntut  Institusi pengajian tinggi dari dalam negara dan luar negara. Pengalaman beliau menjadi guru sambilan ketika menuntut di luar negara banyak membantu beliau menjadi guru tuisyen yang berdedikasi. 

Kelas-kelas keusahawanan dan ICT yang dihadiri di Pi1M Kilang Lama Kulim banyak membantu Perniagaan Encik Mior untuk lebih maju dan dikenali. Jika sebelum ini pemasaran perkhidmatan hanya di buat melalui hebahan kawan-kawan yang dikenali. Namun, dengan adanya teknologi media social seperti facebook, Instagram, Twitter dan Blog sangat membantu beliau mecari pelanggan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa. Beliau percaya apabila sesuatu produk dan perkhidmatan dipasarkan melalui media social lebih ramai orang akan mengenali produk kita berbanding jika hanya meletakkan produk pada satu-satu tempat tertentu. Sifat media sosial yang ‘mudah viral’ membolehkan lebih ramai pengguna internet mengetahui perkhidmatan kita. Penggunaan media sosial sebagai medium promosi dapat mengurangkan kos untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada umum.