PERTANDINGAN ARITMATIK

20 December 2016 | Berita Terkini

Pertandingan aritmatik telah berlangsung pada 19/12/2106 bertempat di Pi1M Kelang Lama. Seramai 10 orang peserta berumur 9 sehingga 12 tahun yang terdiri daripa ahli Pi1M Kelang Lama telah mengambil bahagian. Pertandingan bermula pada pukul 10pagi dan berakhir  pada pukul 12tengahari. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran matematik seperti tambah, tolak dan darab. Peserta yang mendapat markah teringgi akan mendapat hadiah manakala peserta yang lain akan mendapat hadiah saguhati. Pertandingan ini menggunakan medium internet kerana ia dijalankan secara online. Penerangan mengenai kempen Klik Dengan Bijak juga diberi sebagai selingan ketika pertandingan berlangsung.