Program ramah mesra dengan Penduduk Taman Kulim Hi-Tech Fasa 1DEF

10 January 2017 | Berita Terkini

Pi1M Kelang Lama menyertai mesyuarat agung penduduk Kulim Hi-tech park bertempat di padang permainan KTC Fasa 1DEF. Tujuan Pi1M Kelang Lama menyertai majlis tersebut ialah untuk memperkenalkan Pi1M kepada penduduk di kawasan tersebut. Penduduk dapat mengetahui lebih lanjut perkhidmatan yang disediakan oleh Pi1M dan peranan Pi1M kepada masyarakat setempat. Pengurus Pi1M dapat mengenali lebih dekat Ahli Jawatan Kuasa Penduduk dan mereka bersetuju akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada program yang akan dijalankan oleh Pi1M.