Mengenai PI1M



Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) RP Kelang Lama, Kulim mula dibuka kepada komuniti pada 26 September 2016. Pi1M adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini akan membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat RP Kelang Lama terutamanya dan penduduk sekitarnya.


Pusat ini dilengkapi dengan 20 komputer meja yang serba canggih beserta dengan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, dengan adanya kemudahan ini diharapkan agar lebih ramai masyarakat di kawasan luar bandar celik ICT di samping dapat menyeimbangkan penggunaan kemudahan internet di kawasan bandar dan luar Bandar. Pi1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Fatdri selaku pengurus Pi1M RP Kelang Lama dan di bantu oleh Puan Najwa binti Hamid selaku penolong pengurus.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).


Pi1M dilengkapi oleh:

1. 20 buah komputer berinternet untuk kegunaan pengguna.

2. Ruang Bilik Untuk Kelas dan Latihan.

3. Bilik Penggunaan Internet yang selesa yang dilengkapi Penghawa-Dingin (Air-Cond).

4. Ruang rehat yang selesa dan dilengkapi dengan sebuah televisyen (CCTV).

5. Kemudahan mesin mencetak, mesin laminasi, dan pelbagai servis dokumentasi sampingan disediakan.