Ekonomi dan Keusahawanan


PUSAT PERNIAGAAN PUTRA 

Perniagaan Enterprise

  • SBR Bumi Studio / Kedai Banner merupakan salah satu perniagaan yang terdapat di bangunan bawah Pusat Internet 1Malaysia. Ia terletak di Pusat Perniagaan Putra, 153, Jalan Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia. Dimiliki oleh Bumiputera . Segala tempahan boleh dirujuk di kedai dan no telefon yang disediakan adalah  04-4904368
  • Terdapat juga kedai membaiki basikal, kedai membaiki motosikal yang telah lama beroperasi di sekitarnya. Begitu juga dengan klinik dan kedai makan yang berhampiran. 

Perindustrian

  • Sumber ekonomi penduduk sekitar Kelang Lama juga banyak bergantung kepada sektor perindustrian memandangkan kawasan sekitarnya adalah berdekatan dengan kilang-kilang. Kawasan industri di Kulim dikenali sebagai Kulim Hi-Tech . Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah Taman Perindustrian Teknologi Tinggi bersepadu yang pertama di Malaysia. Ia dimajukan dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah Taman Perindustrian Teknologi Tinggi bersepadu yang pertama di Malaysia. Ia dimajukan dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah.

    KHTP dimajukan dan di uruskan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) syarikat milik penuh PKNK. Pembangunan KHTP menggabungkan komponen kawasan industri, kemudahan penyelidikan dan pembangunan, perumahan dan pusat komersial, institusi pendidikan dan perubatan serta kemudahan rekreasi. Kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, gas dan infostruktur (prasarana ICT) kualiti pada tahap tertinggi.

    Keseluruhan kawasan pembangunan KHTP adalah seluas 4,510 ekar termasuk pembangunan fasa 4 seluas 410 ekar bagi memenuhi permintaan tinggi dari pelabur terutamanya pelabur luar Negara. Di antara pelabur utama ialah First Solar, Intel, Fuji, Infineon, dan Panasonic.

    Untuk maklumat lanjut, layari http://www.khtp.com.my/



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.