Pelancongan & Rekreasi

ANTARA PUSAT- PUSAT REKREASI YANG MENARIK DI DAERAH KULIM

 

1. Rekreasi Sedim,Kulim.

Merupakan satu tempat yang menjadi daya tarikan pelancong  dalam dan luar negeri untuk menikmatikeindahan alam semulajadi dan tempat untuk melepaskan tekanan dan kesibukan kerja.

Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Terdapat pokok hutan seperti Meranti Seraya, Meranti Tembaga, Meranti Melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai Tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.

Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang.

Destinasi ini merupakan antara 5 destinasi terbaik di Malaysia. Destinasi ini di kenali sebagai Tapak Perkhemahan di Raja Kedah. Kedudukan destinasi ini terletak di sempadan antara Daerah Kulim dan Baling.

Tree Top Walk adalah tarikan baru yang menanti pengunjung. Jabatan besi yang di kenali sebagai Tree Top WalkSungai Sedim telah di bina tinggi sehingga mencecah kemuncak pokok kayu yang merentas Sungai Sedim.Dari jambatan dapat dinikmati pandangan yang mempersonakan.

Aktviti:

·         Mandi manda

·         Kem Motivasi

·         'Teambuilding'

·         'Water Rafting'

·         'Rock Climbing'

·         'Jungle Tracking'

·         'Flying Fox'

·         'River Cross'


Untuk sampai ke sini:

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari terminal Bandar Kulim atau Pekan Karangan ataupun Pekan Kuala Ketil. Mengambil masa 30 minit dari Pusat Bandar Kulim

 Maklumat tambahan:

Kepada penggemar aktiviti lasak berkayak, terdapat jeram yang mencabar seperti 'Drop Salak', 'Triple Rapid', 'Kasai Drop', 'Drop Wall', 'Lower Head Dam', 'Kawah Rapit', 'Jelutung Rapid', 'Rodeo Rapid', 'Slip Lip Rapid' dan 'Cyclone Hole'.

Lokasi: Kulim, Kedah

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan, 
09000 Kulim, Kedah. 
Tel. : 04-4903760

 

Sumber: 
*Jabatan Perancangan Majlis Perbandaran Kulim
*Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
*www.my-rainforest-adventures.com/

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.