Berita & Aktiviti Terkini
HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA RP SIMPANG KUALA
17 April 2018 | Berita Terkini14 April 2018 (Sabtu), Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala telah mengadakan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia. Majlis ini diadakan bertempat di PI1M RP Simpang Kuala bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Majlis Hari Terbuka PI1M ini meriah dengan kehadiran komuniti di sekitar Simpang Kuala. Turut hadir pada majlis ini adalah wakil dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Puan Sharliza Saary dan Encik Hairil Hasan wakil dari NuSuara Technologies Sdn Bhd. Objektif Majlis Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia adalah menerangkan mengenai peranan Pusat Internet 1... read more
PROGRAM ADVOKASI BERSAMA LPPKN
17 April 2018 | Berita Terkini11 April 2018 (Rabu), Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan satu program advokasi yang bertempat Wisma Persekutuan Anak Bukit Alor Setar. Program ini melibatkan peserta dari golongan belia dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS) dan Institut Teknologi ANS. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan informasi berkaitan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dan membincangkan beberapa isu berkaitan jenayah siber yang berlaku pada masa kini. Pihak PI1M turut mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada peserta mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang... read more
PROGRAM KDB BERSAMA LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
17 April 2018 | Berita Terkini4 April 2018 (Rabu), Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan satu program advokasi yang bertempat di Pusat Remaja Kafe@Teen UTC Alor Setar. Program ini melibatkan peserta dari golongan belia dari Kolej Vokasional Alor Setar. Objektif program ini adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dan mengupas beberapa isu berkaitan jenayah siber yang berlaku pada masa kini. Pihak PI1M turut mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada peserta mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia. ... read more
USAHAWAN TEMPATAN Mac 2018: Haslin Hatin Hasmi
29 March 2018 | Profil Usahawan TempatanNama Pengusaha Haslin Hatin Hasmi Nama Perniagaan Lynn Beauty Jenis Perniagaan Produk Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan Lokasi Alor Setar Facebook Haslin Hatin Hasmi Ashlynn No Tel 014-7587487 Haslin Hatin Hasmi atau lebih mesra dikenali sebagai Lynn merupakan seorang lagi usahawan muda dari Alor Setar, Kedah. Beliau yang telah beberapa tahun menceburi bidang perniagaan menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan sampingan keluarga. Beliau memilih untuk menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan memandangkan produk-produk sebegini mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna. Selain menjalankan perniagaan secara atas talian, Lynn juga mempunyai kedai kecantikan sendiri iaitu... read more
SCHOOL'S OUT MANIA PI1M RP SIMPANG KUALA
21 March 2018 | Berita Terkini15 – 16 Mac 2018, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala telah mengadakan program sempena cuti persekolahan pada Mac 2018. Program ini melibatkan ahli PI1M RP Simpang Kuala yang terdiri daripada pelajar sekolah. Program ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan para pelajar mengisi waktu cuti sekolah secara berfaedah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan selain dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Pertandingan Mewarna Mural, Word Search, Find Me, Build It Up, Typing Master dan Klik Dengan Bijak (KDB). Aktiviti-aktiviti ini sekali gus dapat... read more
KURSUS E-USAHAWAN BERSAMA MADA
19 March 2018 | Berita Terkini14 Mac 2018, Rabu, Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan kursus sistem e-usahawan kepada peserta yang terdiri daripada pegawai MADA. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala yang turut dibantu oleh PI1M PPR Seberang Terus, PI1M PPR Mergong dan PI1M RP Kuala Kedah. Seramai 30 orang peserta menyertai kursus e-usahawan ini. Program ini dianjurkan bagi memberi penerangan mengenai sistem e-usahawan. ... read more
USAHAWAN TEMPATAN Februari: Perfume Paradise Exclusive
22 February 2018 | Profil Usahawan TempatanNama Pengusaha Mohd Najamuddin Nama Perniagaan Perfume Paradise Exclusive Jenis Perniagaan Perniagaan atas talian (ONLINE) Lokasi Alor Setar dan Jitra Facebook Mohd Najamuddin Din No Tel 017-4179656 Mohd Najamuddin menjalankan perniagaan secara atas talian (online) dengan menjual produk wangian iaitu Perfume Paradise Exclusive yang diinspirasi dari jenama terkemuka antarabangsa. Beliau merupakan stokis sah bagi Perfume Paradise Exclusive bagi sekitar kawasan Alor Setar dan Jitra. Perfume Paradise Exclusive mempunyai keunikan yang tersendiri dengan wangian yang seakan sama seperti jenama minyak wangi antarabangsa dengan harga yang jauh lebih murah. Perfume Paradise Exclusive menjadi... read more
PROGRAM CELIK ICT DAN KDB BERSAMA TABIKA KEMAS TAMAN SERI GANGSA
14 February 2018 | Berita Terkini13 Februari 2018 (Selasa), Program Celik ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS telah diadakan di Tabika KEMAS Taman Seri Gangsa, Alor Setar. Program ini merupakan salah satu dari aktiviti siri jelajah tadika di kawasan sekitar Alor Setar. Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama KEMAS telah mengambil inisiatif ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kegunaan ICT pada peringkat awal. Program ini juga merupakan anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Teus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala... read more
PROGRAM KDB BERSAMA LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
08 February 2018 | Berita Terkini7 Februari 2018 (Rabu), Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan satu program advokasi yang bertempat di Pusat Remaja Kafe@Teen UTC Alor Setar. Program ini melibatkan peserta dari golongan belia di Negeri Kedah. Objektif program pada kali ini adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dan mengupas beberapa isu berkaitan jenayah siber yang berlaku pada masa kini. Pihak PI1M turut mengambil kesempatan untuk menerangkan kepada peserta mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia. ... read more
PROGRAM CELIK ICT DAN KDB BERSAMA TABIKA KEMAS TAMAN MERGONG JAYA
29 January 2018 | Berita TerkiniPada 24 Januari 2018 yang lalu, Program Celik ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS telah diadakan di Tabika KEMAS Taman Mergong Jaya Fasa 1, Alor Setar. Program ini merupakan salah satu dari aktiviti siri jelajah tadika di kawasan sekitar Alor Setar. Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama KEMAS telah mengambil inisiatif ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kegunaan ict pada peringkat awal. Program ini juga merupakan anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Teus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala dan Pusat... read more