Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan projek inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan ICT serta meningkatkan taraf sosial dan ekonomi penduduk setempat.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia ini adalah untuk memberi kemudahan akses internet secara kolektif di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1 Malaysia juga dilaksanakna sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Center) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala, Alor Setar mula beroperasi pada 21 NOVEMBER 2016. Pi1M RP Simpang Kuala beralamat di No.8, Tingkat 1, Taman Selesa, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, 05400 Alor Setar, Kedah. Jarak antara Pi1M RP Simpang Kuala dari Pusat Bandar Alor Setar adalah 1.5km. Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti kawasan perumahan, sekolah, kompleks perniagaan, tempat makan dan pejabat agensi pengurusan yang lain.

 

Waktu Operasi

Isnin - Ahad

9.00pagi - 6.00petang

Kecuali cuti umum & pelepasan am

 

Kelengkapan di Pi1M RP Simpang Kuala

- 20 buah desktop computer 19'' LCD monitor

- Alat Pencetak

- Alat Pengimbas

- Alat Laminating

- Projector LCD

- WiFi

- Ruangan menunggu

- Ruangan untuk kanak-kanak

- TV Plasma LCD 42''

 

Perkhidmatan yang Disediakan

- Printing

- Photocopy

- Scanning

- Laminating

- Menaip

- Kelas computer/ ICT (percuma untuk ahli)

- Sewa bilik mesyuarat

 

Senarai Harga Perkhidmatan

- Mendaftar ahli - RM5.00 seumur hidup

- Kanak-kanak (AHLI) - RM1.00/jam

- Kanak-kanak (BUKAN AHLI) - RM2.00/jam

- Remaja/Dewasa (AHLI) - RM1.00/jam

- Remaja/Dewasa (BUKAN AHLI) - RM2.00/jam