Ekonomi dan Keusahawanan

Kegiatan ekonomi utama penduduk di sekitar kawasan Simpang Kuala adalah di dalam sektor perniagaan dan keusahawanan. Lokasinya yang strategik dan menjadi laluan ke bandar Alor Setar telah meningkatkan lagi peluang perniagaan serta sosio ekonomi kepada semua lapisan masyarakat.

Simpang Kuala terkenal dengan Pasar Pagi dan Pasar Petang yang terletak di tapak Pekan Simpang Kuala. Pasar pagi bermula seawal jam 8.00pagi sehingga 1.00tengah hari pada setiap hari. Di pasar pagi ini, terdapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, barang-barang mentah dan juga pakaian yang dijual. Manakala, pada waktu petang pula, pasar petang yang bermula jam 5.00petang sehingga 10.00malam juga dibuka setiap hari. Barangan harian termasuklah makanan laut yang segar boleh didapati dengan harga yang cukup murah.

Di samping itu, makanan yang siap dimasak seperti laksa, laksam, bihun sup, kuih muih turut terdapat di pasar ini.



Antara restoran dan café yang popular di sekitar kawasan Simpang Kuala:

Restoran Nasmir
KFC Alor Mengkudu
McDonald Alor Mengkudu
Starbucks Alor Mengkudu
Medan Selera Simpang Kuala
Bendang Kitchen

Di sini juga terdapat pusat membeli belah yang terkenal di Kedah seperti:

Jakel
Ariani
Alor Setar Mall
Tesco Stargate
Hasani Bookstore
Aman Central
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.