Maklumat Tempatan

Simpang Kuala adalah sebuah pekan yang pesat membangun di Bandaraya Alor Setar. Simpang Kuala terletak di dalam Mukim Pengkalan Kundor dan hanya mengambil masa kira-kira 10minit perjalanan untuk sampai ke Pusat Bandar Alor Setar. Simpang Kuala dikelilingi kawasan perumahan yang giat membangun dan juga pusat-pusat perniagaan antaranya Pekan Simpang Kuala. Pekan Simpang Kuala merupakan lokasi utama bagi aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh semua kaum terutamanya masyarakat berbangsa Cina.

 

Lokasinya yang strategik dan merupakan laluan utama dari Plaza Tol Alor Setar arah Selatan ke Pusat Bandar Alor Setar telah menjadikan kawasan ini sebagai hub bagi urusan seharian. Kawasan Simpang Kuala juga terletak berhampiran dengan Bandar Stargate, Tandop dan Alor Mengkudu di mana kesemua kawasan tersebut merupakan kawasan yang sedang membangun pesat dengan menjalankan pelbagai aktiviti sama ada perniagaan mahupun perindustrian.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.