Pelancongan & Rekreasi

ZANISHAH HOMESTAY






Lokasi:

Kompleks Perniagaan Taman Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, Kedah.

Kemudahan yang disediakan

  • 8 buah homestay (2 bilik setiap homestay)
  • 4 buah bilik kontena






Homestay berkonsepkan apartment dilengkapi dengan dua bilik beserta ruang tamu dan ruang dapur.
  • 7 buah bilik di aras satu sesuai utk semua.
  • 1 buah bilik di aras bawah sesuai untuk warga emas dan OKU.
Kemudahan lain yang terdapat berhampiran kawasan homestay adalah seperti:
  • Pusat Dobi Berhadapan homestay - 2 minit berjalan kaki
  • Mc Donald Alor Mengkudu - 5 minit berkereta
  • Mydin Taman Saga - 5 minit berkereta
  • Restoran Sala Kitchen - 4 minit berjalan kaki
  • Pusat Bandaraya - 15 minit berkereta
  • Jeti Kuala Kedah - Ke Langkawi - 15minit berkereta
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Hj Azidzan
04-7301457
013-4835641

ALAMAT
Zanishah Homestay
No 1A Lorong Pak Yob Ganding,
Jalan Alor Mengkudu,
05400 Alor Setar Kedah.


MENARA ALOR SETAR






Menara Alor Setar setinggi 165.5 meter ini terletak di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar. Ia merupakan mercu tanda terkenal dan moden yang menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah. 

Restoran Berputar Seri Angkasa yang terletak di tingkat paling atas menyediakan pelbagai hidangan tempatan serta antarabangsa. Dari sini, anda boleh melihat pemandangan menakjubkan Alor Setar dan kawasan Butterworth yang berada berdekatan. Pada hari yang cerah, anda juga mungkin dapat melihat negara jiran, Thailand.

Selain daripada menjadi mercu tanda, menara ini juga menjadi menara pemerhati bagi melihat anak bulan yang menandakan permulaan Islam. Lokasi dek pemerhatian berada di ketinggian 88 meter dari dasar struktur ini.

Tiket untuk ke dek pemerhatian bernilai RM 6 bagi orang dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak (harga tertaluk kepada perubahan). Kedai cenderamata di tingkat ini memastikan pemandangan memukau dapat dijadikan buah tangan yang boleh dibawa pulang.


MASJID ZAHIR



 



Majid Zahir merupakan salah sebuah mercu tanda berseni bina di Kedah, Masjid Zahir tersergam indah sebagai bangunan contoh dengan seni bina Melayu-Islam.

Dibina pada tahun 1912, ia merupakan salah sebuah masjid tertua di negara ini. Reka bentuk masjid ini diilhamkan oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Lima buah kubah besar berwarna hitam melambangkan lima prinsip Rukun Islam.

Terletak di pusat bandar Alor Setar, masjid ini menjadi masjid rasmi negeri serta masjid bagi penduduk tempatan. Ia turut menjadi lokasi bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran yang diadakan di negeri Kedah.

Masjid ini turut menjadi tempat persemadian pahlawan-pahlawan negeri Kedah yang gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari dijajah Siam pada tahun 1821.


RUMAH KELAHIRAN TUN DR MAHATHIR



 



Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir, memberi anda peluang melihat sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dari zaman persekolahan beliau sehingga berjaya menjadi menjadi seorang doktor.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Alor Setar pada 20 Disember, 1925 di No. 18 Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai. Sebuah rumah papan biasa dengan bumbung yang dibuat daripada daun nipah, rumah satu bilik ini telah diisytiharkan sebagai bangunan bersejarah dan telah dipulihara oleh Arkib Negara pada tahun 1992. Masuk adalah percuma untuk semua pelawat.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.