GOTONG-ROYONG SEMPENA CUTI SEKOLAH

09 December 2016 | Berita Terkini

Pada tarikh 09 disember 2016, satu program gotong-royong dilakukan bersama adik-adik untuk membersihkan kawasan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sg Damit sempena cuti sekolah. Aktiviti ini bermula pada sekitar pukul 8.00 pagi sehingga tengahari , dan dimulakan dengan memungut sampah, mengelap cermin dan sebagainya. 

Disamping itu, mereka  dapat mengisi masa lapang semasa cuti sekolah yang lebih berfaedah secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kita.