Pembuatan Video Cowboy Town Tuaran

09 February 2017 | Berita Terkini

Program ini berlangsung di Sabandar Leisure Ride ataupun lebih dikenali sebagai Cowboy Town Tuaran. Program ini dijalankan untuk pembikinan video bagi Pi1M Clustering Q1 untuk Daerah Tuaran. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik yang berada di sekitar daerah Tuaran yang belum dikenali ataupun diterokai oleh komuniti setempat khususnya dan penduduk luar secara amnya.

Melalui aktiviti ini, kami memilih Cowboy Town Tuaran sebagai lokasi untuk pembikinan video. Dalam video ini, kami akan menunjukkan bagaimana untuk sampai ke Cowboy Town, serta aktiviti yang menarik yang bole dilakukan dalam lokasi tersebut.