Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Kampung Sungai Damit

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Alat Tulis & Kertas

ü  Sewa Bilik Mesyuarat  

 

Maklumat Komuniti Kampung Sungai Damit

 

Kampung Sungai Damit yang terletak dalam daerah Tuaran ini tidak mempunyai rekod secara bertulis bila ia telah dibuka. Namun, mengikut kata ketua kampung, dahulunya kampung ini dimiliki oleh Lembaga Getah Sabah (LGS). Kawasan kampung ini dijadikan sebagai tempat tinggal untuk penoreh-penoreh getah LGS yang tidak mempunyai tempat tinggal atau tanah, kerana mereka kebanyakannya berasal dari lain selain daripada Tuaran seperti Kota Belud dan Kota Marudu. Setelah usia penerokah mencecah umur persaraan dan mereka masih tidak mempunyai tempat tinggal, LGS telah mewartakan penempatan penoreh-penoreh getah tersebut sebagai sebuah kampung. Nama Sungai Damit diambil sempena dengan nama sungai yang mengelilingi sepanjang kampung iaitu Sungai Damit, sehinggalah ke hari ini, ia di kenali sebagai Kampung Sungai Damit.