Ekonomi dan Keusahawanan

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinasikan bahawa kegiatan ekonomi sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.

    Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

     Kegiatan perniagaan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan sekitar Pi1M Kg Sg Damit, Tuaran.Hasil daripada temuramah secara tidak formal, saya mendapati orang 8 responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua responden ini berniaga kecil-kecilan seperti gerai di tepi Jalan atau membuka kedai di dalam rumah mereka.    

     Selain itu,kegiatan perguruan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan sekitar Pi1M Kg Sg Damit, Tuaran.Hasil daripada perbualan bersama penduduk sekitar, saya mendapati 10 orang responden yang terlibat dalam kegiatan ini. Sepuluh responden ini mengajar di sekolah tertentu seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Damit, Sekolah Kebangsaan Ungkolod, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli dan Sekolah Kebangsaan Bantayan.

            Selain daripada itu, kegiatan perkilangan juga menjadi sumber ekonomi penduduk setempat di mana mereka berkerja di Kilang Getah yang dimiliki oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)..
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.