Kemudahan Awam


Kemudahan - kemudahan

 Masjid
antara kemudahan yang terdapat di dalam Kampung Sungai Damit adalah Masjid untuk umat islam menunaikan tanggungjawab mereka terutama sekali Solat Jumaat.
Masjid ini diberi nama Masjid Baitul Rahman dan berada 1m sahaja dari Pi1M Kg Sg Damit.

Gereja
Bagi penduduk yang bukan beragama islam pula, mereka juga dapat menunaikan tanggungjawab mereka di Gereja Katholik yang ada kira-kira 1km daripada Pi1M Kg Sg Damit.

Balai raya
Kampung Sungai Damit juga mempunyai Balai Raya untuk penduduk kampung berkumpul. Ia berada 300m daripada Pi1M Kg Sg Damit.

Bilik Gerakan
Bilik Gerakan ini juga merupakan tempat untuk perjumpaan penduduk kampung selain daripada Balai Raya dan ia berhampiran dengan Masjid Baitul Rahman dan Pi1M Kg Sg Damit.

Gelanggang Futsal
Tempat beriadah bagi penduduk kampung dan penduduk sekitar dengannya.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.