Pendidikan

Kemudahan Pendidikan

1. Sekolah Kebangsaan Sg Damit

Sekolah Kebangsaan Sungai Damit atau nama ringkasnya SK Sg Damit, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 294.

Perjalanan ke SK Sg Damit terletak lebih kurang 6km daripada pekan daerah Tuaran. Prasarana yang berhampiran dengan SK Suang Punggur ini adalah Pusat Internet 1Malaysia Kg Sg Damit iaitu jaunya lebih kurang 2km.

Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1948. Sebelum ini, nama sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Sukarela Rakyat. (Native Voluntery School) Sungai Damit.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya menumpang di bangunan wayang ataupun pasar. Ini kerana belum ada bangunan khas yang dibina untuk menampung murid-murid. Sehingga tahun 1962, barulah sebuah bangunan khas yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat, berdinding bambu dan beratapkan zink dibina.

Bagaimanapun bangunan ini telah musnah akibat banjir yang berlaku pada tahun 1971. Ini menyebabkan murid-murid di sekolah itu terpaksa menumpang belajar di balairaya Kampung Sungai Damit sehinggalah pihak Kementerian Pendidikan mengambilalih pentadbiran pada tahun 1984.

Atas persetujuan pihak Lembaga Tabung Getah Sabah, terbinalah 2 buah bangunan sekolah dan 2 blok umah guru di atas tanah kawasan milik Lembaga Tabung Getah Sabah, Cawangan Tuaran. Dalam tahun 1985, bangunan ini telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Sungai Damit, sehinggalah ke hari ini.

SK Sg Damit, Peti Surat 294, 89208 Tuaran, Sabah

 No. Telefon: 088 – 782145 No. Fax : 088 – 782145

Email : sksgdamit@gmail.com


2. Sekolah Menengah Sg Damit

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Damit atau nama ringkasnya SMK Sungai Damit, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 232,.

Pada 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Damit memiliki 200 pelajar lelaki dan 215 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 415 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru

SMK Sungai Damit, Peti Surat 232, 89257 Tamparuli

No. Telefon : 088 – 782534 No. Fax : 088 - 782209


3. Tadika Kemas

Sekolah tadika kemas berada 1km daripada Kampung Sungai Damit. Majoriti penduduk Kampung Sungai Damit menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut sekiranya berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.