Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Mewarna Berkumpulan Siri 2.0

09 June 2017 | Berita Terkini

Pada 9 Jun yang lalu, Pi1M Sg Kelamah sekali lagi telah menjalankan Pertandingan Mewarna . Kali ini bertandingan ini dijalankan secara berkumpulan pula dan dinamakan Siri 2.0 sempena kali kedua diadakan pada bulan yang sama.    Pertandingan mewarna kali ini tetap bertemakan bulan Ramadhan dan disertai oleh seramai 15 peserta iaitu 6 perempuan dan 9 lelaki yang kemudiannya diagihkan kepada 3 buah kumpulan kecil. Mereka akan mewarna di dalam kumpulan dan bertandingan sesama mereka.  Masa yang diberi adalah selama 2 jam 30 minit , bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul... read more

Pertandingan Mewarna & Melukis Terbuka Anjuran Pi1M Felda Sungai Kelamah

08 June 2017 | Berita Terkini

Pertandingan Mewarna & Melukis Terbuka Anjuran Pi1M Felda Sungai Kelamah 8 Jun 2017 | Khamis 10 pg – 1 tengahari Pada Khamis, 8 Jun 2017, Pi1M Felda Sungai Kelamah telah mengadakan “Pertandingan Mewarna & Melukis Terbuka” khas buat ahli Pi1M berumur antara 7 hingga 18 tahun. Sambutan yang diterima agak menggalakkan di mana 9 orang peserta hadir bagi memeriahkan suasana. Pertandingan berlangsung mulai jam 10 pagi dan tamat jam 1 tengahari. Tema pertandingan adalah berkaitan dengan bulan Ramadhan Al Mubarak. Para peserta yang hadir dilihat begitu tekun dan teruja mewarna dan melukis lukisan masing-masing. Usai... read more

Gotong-royong Perdana 25/5/2017

25 May 2017 | Berita Terkini

Pada 25 Mei 2017 yang lalu telah berlangsung program Gotong-royong Perdana anjuran AADK dan AIM Felda Sungai Kelamah bersama Pi1M Felda Sungai Kelamah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar bangunan AADK dan Pi1M. Seramai 20 orang ahli AADK dan 20 orang ahli AIM telah terlibat untuk menjayakan program tersebut. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan .Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza. Antaranya termasuklah mengumpul sampah, menyapu, menaikan batu, membakar sampah dan sebagainya. Disamping dapat membersihkan kawasan persekitaran aktiviti tersebut juga dapat menyihatkan badan dan dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat... read more

Kuiz Matematik Xtra UPSR

15 April 2017 | Berita Terkini

Pada 15 April yang lalu, pihak kami telahpun mengadakan satu Kuiz Matematik melibatkan 6 kumpulan iaitu seramai 18 orang peserta . Para peserta ini terdiri daripada 11 lelaki dan 7 perempuan masing-masing berada dalam tahap satu dan dua SK Sungai Kelamah. Kuiz Matematik Xtra UPSR ini bermula sebaik saja mereka tamat kelas Xtra Tahap 2. Kuiz ini berlangsung selama 1 jam dengan diadili oleh seorang pengadil. Kuiz Matematik ini menggunakan laman sesawang www.hoodamath.com sebagai bank soalan dan seterusnya memerlukan para peserta menjawab soalan matematik dalam Bahasa inggeris sepantas mungkin. Kumpulan terpantas dengan... read more

PROGRAM JOM PERGI PI1M 23 MAC 2017

27 March 2017 | Berita Terkini

Pada 23 Mac 2017 yang lalu Pi1M Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Program Cuti Sekolah dan Program KDB untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli Pi1M disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, melalui aktiviti ini akan dapat menarik minat peserta dan ibu bapa untuk selalu hadir ke Pi1M selain mempromosikan Pi1M lebih dari sekadar pusat internet semata-mata. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah membuat profil dari mengunakan Powerpoint, pembentangan powerpoint, pertandingan mewarna, taklimat dan kuiz... read more

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH 14 FEBRUARI 2017

23 February 2017 | Berita Terkini

PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH 14 FEBRUARI 2017 Pada 14 Februari yang lalu, telah berlangsungnya Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak di Pra Sekolah SK Sungai Kelamah. Pertandingan ini melibatkan seramai 48 orang murid Pra Sekolah di sini yang terbahagi kepada 2 kelas iaitu Kelas Si Manja dan Si Comel. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak ini dimulakan tepat jam 9.00 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari pada hari yang sama , manakala penyampaian hadiahnya pula diadakan pada 21 Februari 2017 iaitu seminggu selepas pertandingan diadakan.   Guru kelas pra sekolah yang terlibat iaitu Puan Norfaradila bt Abdullah dan PPM ,... read more

Pengusaha Kedai Jahitan dan Kedai Runcit

06 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : Normaheram Binti Ismail Umur: 46 Tahun Pekerjaan : Tukan Jahit Barang Perniagaan : Jahitan pakaian, Sulaman, Langsir dan Manik. Jantina : Perempuan Lokasi Perniagaan : Felda Sungai Kelamah. Alamat Perniagaan : Gerai No 1, Felda Sungai Kelamah, 73400 Gemas,                                 N.Sembilan Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002634939429&fref=ts Blog : http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8135784266352031780#allposts/src=dashboard No. Tel : 017-6325042   Berkat dengan usaha yang gigih seorang suri rumah telah berjaya mengembangkan perniagaan jahitan yang dijalankannya. Tekadnya untuk mempelajari internet di Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Sungai Kelamah telah membuatkan kedai jahitannya dikenali ramai.  Tekad... read more

Pertandingan Sahiba dan Kuiz Pengetahuan Am

31 January 2017 | Berita Terkini

Pertandingan Sahiba dan Kuiz Pengetahuan Am 22/1/2017 Pada 22.1.2017, kami di Pi1M Felda Sungai Kelamah telah mengadakan satu program khas buat ahli-ahli cilik Pi1M Sg Kelamah untuk mengisi masa lapang mereka sempena cuti sekolah. Kami telah mengadakan Pertandingan Sahiba dan Kuiz Pengetahuan Am serta taklimat Klik Dengan Bijak. Seramai 16 orang peserta telah pun mendaftar dan kami berjaya membentuk 4 kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 4 orang peserta setiap satu. Sebelum aktiviti bermula mereka diberikan taklimat tentang aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut. Pertandingan bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30... read more

Pertandingan Sepak takraw 28.1.2017

31 January 2017 | Berita Terkini

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW 28/1/2017 Pada 28 Januari 2017 yang lalu telah diadakan Pertandingan Sepak Takraw anjuran Pi1M Felda Sungai Kelamah bekerjasama dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Felda Sungai Kelamah. Pertandingan bermula dengan acara mengundi pasukan. Setiap peserta di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Tekong,Killer dan Feeder. Program dimulakan dengan sedikit taklimat oleh urusetia tentang peraturan dan undang-undang pertandingan. Setelah itu proses undian dilakukan secara rawak untuk menentukan regu masing-masing. Selepas tamat proses menentukan regu perlawanan pertama bermula pada pukul 9 pagi. Peserta yang hadir adalah seramai 30 orang. Tepat jam 1.00 tengah hari... read more

Program Cuti Sekolah dan KDB 14 Disember 2016

26 December 2016 | Berita Terkini

Program Cuti Sekolah dan KDB 14&16 Disember 2016 Pada 14 dan 16 Disember 2016 yang lalu Pi1M Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Program Cuti Sekolah dan Program KDB untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli Pi1M disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, melalui aktiviti ini akan dapat menarik minat peserta dan ibu bapa untuk selalu hadir ke Pi1M selain mempromosikan Pi1M lebih dari sekadar pusat internet semata-mata. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah pertandingan membuat origami... read more

lagi berita & aktiviti