Berita Terkini

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK - 22 JULAI 2022

26 July 2022 | Berita Terkini

Pada 22 Julai 2022 yang lalu bersamaan hari Jumaat, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Program Advokasi dan Kuiz  bersama ahli PEDi Felda Sungai Kelamah. Program tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tetang langkah-langkah keselamatan ketika melayari internet. Selain itu juga program tersebut dapat mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah. Seramai 10 orang peserta telah memberi kerjasama dengan mendengar taklimat Klik Dengan Bijak, menonton video daripada laman sesawang Klik Dengan Bijak iaitu www.kdb.com dan juga menjawab kuiz. Kesemua peserta dilihat mudah memahami apa yang... read more

ADVOKASI DAN ENGLISH WORD SEARCH CHALLENGE

28 June 2022 | Berita Terkini

Pada 24 Jun 2022 yang lalu Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Advokasi dan English Word Search Challenge untuk semua ahli PEDi. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli PEDi disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, melalui aktiviti ini akan dapat melihat tahap kecekapan mereka dalam mencari perkataan yang diperlukan. Program bermula jam 2.30 petang. Kesemua peserta yang terlibat diberi taklimat dahulu tentang peraturan pertandingan. Sebanyak 3 kumpulan telah terlibat. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli kumpulan. Pertandingan dijalankan tepat... read more

USAHAWAN Q2 2022 - EIZAN WEDDING PLANNER

18 June 2022 | Profil Usahawan Tempatan

En. Norizan Bin Md Noh merupakan seorang individu yang kini mencecah usia 46 tahun dan dilihat sebagai seorang yang berjiwa muda terutama dalam menguruskan perniagaannya. Hal ini dapat dipastikan apabila beliau merupakan pengasas dan pemilik kepada perniagaan perunding perkahwinan Eizan Wedding Planner dan juga kedai makan Babut Kitchen in the House yang terletak di kediaman milik keluarganya beralamat No. 291 Felda Sungai Kelamah. Eizan Wedding Planner ini telah ditubuhkan sejak 5 tahun yang lepas manakala Babut Kitchen in the House mula beroperasi pada tahun 2021.                 Beliau turut memaklumkan Eizan Wedding... read more

Celik IT Q2 2022 - MUHAMMAD FAIQ BIN MD DOLI

15 June 2022 | Kisah Kejayaan

Muhammad Faiq Bin Md Doli merupakan pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Gemas, Gemas, Negeri Sembilan. Beliau menetap di No 165, Peringkat 2 Felda Sungai Kelamah, 73400 Gemas, Negeri Sembilan. Adik Muhammad Faiq telah menjadi ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Kelamah pada tahun 2021. Pada ketika itu beliau berusia 9 tahun. Semenjak menjadi ahli PEDi Felda Sungai Kelamah beliau sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan PEDi. Jika ada waktu terluang beliau akan ke PEDi untuk mengisi waktu lapangnya. Di PEDi beliau telah belajar banyak perkara termasuk menggunakan aplikasi carian... read more

USAHAWAN Q2 2022 - EN AIDYAMIN BIN SUKAIMI

15 June 2022 | Profil Usahawan Tempatan

Didorong oleh minatnya yang mendalam serta mahir dalam bidang mekanik, Encik Aidyamin Bin Sukaimi menyimpan impian untuk membina sebuah bengkel, di mana dapat membantu penduduk kampung membaiki kerosakan jentera atau mesin mereka. Sehubungan dengan itu, beliau bersama isteri, Suzaila Binti Husin yang merupakan anak peneroka Felda Sungai Kelamah telah bersama-sama mengusahakan Amin Ila Garage yang terletak di kediaman milik ibu beralamat di No. 166 Felda Sungai Kelamah. Kerosakan motor, basikal dan mesin rumput merupakan antara jenis jentera dan mesin yang pernah dibaiki oleh beliau.                 Seiring dengan tujuan utama perniagaan bengkel... read more

PERTANDINGAN  POTRET AIDIL FITRI KREATIF 2022 – 25 MEI 2022.

31 May 2022 | Berita Terkini

Pada 16 Mei 2022 yang lalu Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Pertandingan Potret Ailfitri 2022 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022. Program tersebut dijalankan selama 10 hari bermula 16 Mei hingga 25 Mei 2022. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan bulan Syawal disamping memberi peluang kepada komuniti setempat berkongsi saat-saat kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri disamping keluarga tersayang. Sebanyak 7 penyertaan telah diterima. Peserta perlu memuat naik gambar yang paling kreatif serta menarik dilaman Facebook rasmi PEDi  Felda Sungai Kelamah. Pemenang dipilih berdasarkan 'Like' tertinggi yang diperolehi.... read more

PROGRAM TADARUS ALQURAN 19 APRIL 2022

21 April 2022 | Berita Terkini

PROGRAM TADARUS ALQURAN 19 APRIL 2022 Pada 19 April 2022 yang lalu, PEDi Felda Sungai Kelamah dengan kerjasama Masjid Felda Sungai Kelamah, pentadbiran FELDA serta GPW telah mengadakan Program Tadarus Al Quran 1443H. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat melalui pembacaan kitab suci Al Quran secara bersama disamping dapat mengeratkan silaturahim sesama peserta. Secara keseluruhannya, program ini bermula pada awal Ramadan iaitu pada 3 April 2022 yang lalu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada setiap hari. Seramai 20 orang peserta telah terlibat... read more

ADVOKASI DAN JIGSAW PUZZLE CHALLENGE 24 MAC 2022

26 March 2022 | Berita Terkini

   Pada 24 Mac 2022 yang lalu Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Advokasi dan Jigsaw Puzzle Challenge untuk semua ahli PEDi. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli PEDi disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, melalui aktiviti ini dapat dilihat tahap kecekapan mereka dalam mencantumkan puzzle tersebut. Program bermula jam 3.00  petang. Kesemua peserta yang terlibat diberi taklimat dahulu tentang peraturan pertandingan. Sebanyak 3 kumpulan telah terlibat. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli kumpulan. Pertandingan dijalankan tepat jam 3.30 petang.... read more

Celik IT Q1 2022 – NURUL FAZLIN SHUHADA BINTI MOHD FAIZ

26 March 2022 | Kisah Kejayaan

Nurul Fazlin Shuhada Binti Mohd Faiz merupakan pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas. Beliau menetap di Felda Sungai Kelamah. Adik Nurul Fazlin telah menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Felda Sungai Kelamah semenjak tahun 2021. Pada ketika itu beliau berusia 12 tahun. Semenjak menjadi ahli PEDi Felda Sungai Kelamah beliau sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan PEDi. Jika ada waktu terluang beliau akan ke PEDi untuk mengisi waktu lapangnya. Di PEDi beliau telah belajar banyak perkara termasuk menggunakan aplikasi carian Google dan Microsoft Word. Di samping itu, Fazlin juga... read more

USAHAWAB Q1 2022 - HAFIZA BINTI MOHAMAD

25 March 2022 | Profil Usahawan Tempatan

Bila sebut sahaja ubi kayu dan pisang, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman makan ubi kayu ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup. Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia. Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Hafiza Binti Mohamad, 51, dari Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan. Bergelar usahawan kampung, beliau kini meraih pendapatan lumayan hanya dengan menghasilkan dan... read more