Celik IT Q2 2022 - MUHAMMAD FAIQ BIN MD DOLI

15 June 2022 | Berita Terkini

Muhammad Faiq Bin Md Doli merupakan pelajar Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Gemas, Gemas, Negeri Sembilan. Beliau menetap di No 165, Peringkat 2 Felda Sungai Kelamah, 73400 Gemas, Negeri Sembilan. Adik Muhammad Faiq telah menjadi ahli berdaftar Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Kelamah pada tahun 2021. Pada ketika itu beliau berusia 9 tahun.

Semenjak menjadi ahli PEDi Felda Sungai Kelamah beliau sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti yang dijalankan PEDi. Jika ada waktu terluang beliau akan ke PEDi untuk mengisi waktu lapangnya. Di PEDi beliau telah belajar banyak perkara termasuk menggunakan aplikasi carian Google dan Microsoft Word.

Di samping itu, Faiq juga telah didedahkan dengan aplikasi Microsoft Excel. Pada awalnya beliau kelihatan agak kekok. Setelah beberapa kali menghadiri kelas yang di adakan, sedikit demi sedikit beliau mula mahir menggunakan aplikasi tersebut. Seterusnya, Faiq juga sudah boleh membuat emel dan Facebook dengan sendiri. Kadangkala, beliau akan menolong sahabat yang lain untuk membuat emel serta Facebook.

Semenjak akhir-akhir ini beliau sering ke PEDi bersama rakan sekelasnya untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya. Anak sulung daripada tiga orang adik beradik itu sering menggunakan perkhidmatan PEDi yang lain seperti mencari bahan kerja sekolah, membaca majalah, fotostat dan sebagainya. Beliau amat bersyukur dengan kewujudan Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Kelamah kerana dapat mempelajari IT serta memberi banyak manfaat kepada orang ramai.

Beliau berharap Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Kelamah akan kekal selamanya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik di samping merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar.