ADVOKASI DAN ENGLISH WORD SEARCH CHALLENGE

28 June 2022 | Berita Terkini

Pada 24 Jun 2022 yang lalu Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Advokasi dan English Word Search Challenge untuk semua ahli PEDi. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli PEDi disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, melalui aktiviti ini akan dapat melihat tahap kecekapan mereka dalam mencari perkataan yang diperlukan.

Program bermula jam 2.30 petang. Kesemua peserta yang terlibat diberi taklimat dahulu tentang peraturan pertandingan. Sebanyak 3 kumpulan telah terlibat. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli kumpulan. Pertandingan dijalankan tepat jam 3.00 petang. Pemenang akan dikira berdasarkan masa terpantas menyelesaikan carian perkataan tersebut. Setelah itu kesemua masa yang dicatatkan akan dikira dan kumpulan yang mempunyai purata masa yang terpantas dikira pemenang.

Walau bagaimanapun terdapat dua kumpulan yang mempunyai catatan masa yang sama. Oleh itu kedua-dua kumpulan tersebut diminta untuk bertanding semula untuk mencari pemenang utama. Hanya seorang sahaja wakil dari setiap kumpulan dipilih untuk penentuan tempat pertama dan kedua. Selepas beberapa minit Kumpulan 1 yang diketuai oleh Mohd Iskandar berjaya menyelesaikan carian perkataan dalam masa yang singkat.

Program ini berakhir pada jam 5.00 petang dan diikuti acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengurus PEDi Felda Sungai Kelamah. Setiap kumpulan mendapat hadiah termasuk yang kalah kerana mereka telah menunjukkan semangat yang jitu semasa aktiviti dijalankan. Mereka semua berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat menambah ilmu dalam setiap aktiviti yang dijalankan.