USAHAWAN 8: Menjual Kerepek Pisang dan Ubi

17 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                  : Rosniza Binti Md Ali

Umur                   : 30 Tahun

No. Telefon        : 019-6462366

Status               : Berkahwin

Pendidikan        :  Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas 2004

Alamat premis  : No 4 Gerai Kampung Felda Sungai Kelamah

Tarikh berniaga : 2010

Nama perniagaan: Rozniza Enterprise

Bentuk perniagaan : Menjual kerepek

Online Platform : Whatsapp

Golongan sasaran : Komuniti setempat dan luar

Kemahiran ICT : Perbankan atas talian,whatsapp, Microsoft Word

Beliau merupakan salah seorang usahawan kerepek yang berjaya di Felda Sungai Kelamah. Anak jati Felda Sungai Kelamah ini telah berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan desa yang berjaya. Beliau juga seringkali mengunjungi Pusat Internet untuk mencetak iklan produknya untuk diedarkan di kawasan berhampiran. Beliau mengunakan aplikasi whatsapp untuk berurusan dengan pelanggan kerana baginya ia lebih mudah dan pantas. Selain itu beliau juga mendapat bantuan berupa mesin daripada pihak yang berkenaan. Menurut beliau produknya telah berjaya menembusi pasaran luar negeri walaupun mempunyai banyak persaingaan. 

Menurutnya lagi banyak tempahan yang diperolehi daripada penduduk sekitar Gemas dan tempahan semakin meningkat pada musim perayaan serta musim perkahwinan dan beliau juga mempunya palanggan tetap yang berbangsa Cina. Justeru itu beliau berhasrat unutk memohon bantuan daripada pihak yang berkenaan untuk mengambangkan lagi perniagaannya.