USAHAWAN 9 : Stokis Jamu Susuk Dara

19 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                  : Rina Azlin bte Nasry

Umur                   : 37 Tahun

No. Telefon          : 011-31745778

Status                 :  Berkahwin

Pendidikan           :  Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas 

Alamat premis      :  No. 340 Felda Sungai Kelamah       

Tarikh berniaga     : 2015

Nama perniagaan : Stokis Jamu Susuk Dara

Bentuk perniagaan : Stokis Jamu Susuk Dara on9/Ofline

Online Platform : Whatsapp / Facebook

Golongan sasaran : Komuniti setempat dan luar

Kemahiran ICT : Perbankan atas talian,whatsapp, Facebook dan Microsoft Word

Puan Rina merupakan salah seorang pengunjung setia Pi1M Felda Sungai Kelamah dan sering kali mengambil bahagian dalam apa jua acara yang kami anjurkan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah juga dengan Puan Rina, setiap kali mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan, beliau pasti akan membawa pulang hadiah. 

Beliau sangat aktif dalam mempromosikan produk jamu “Susuk Dara “ terutama kepada penduduk sekitar Felda Sungai Kelamah. Tambahan pula, beliau mempunyai ramai rakan-rakan seangkatan yang turut sama menggunakan produk tersebut.

Promosi dan cara pemasaran secara online menggunakan Facebook dan Whats app  yang baik juga membantu beliau dalam meningkatkan lagi permintaan seterusnya membantu beliau menjana ekonomi keluarga.