USAHAWAN 10 : Kedai Makanan dan Runcit & Car Boot Sales

19 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                  : Maizarah Yaacob

No. Telefon         : 013-6576170

Status               :  Berkahwin

Pendidikan         :  Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Nama perniagaan: Samz Maju Enterprise

Bentuk perniagaan : Kedai Makanan dan Runcit & Car Boot Sales

Online Platform : Whatsapp / Facebook

Alamat Facebook : https://www.facebook.com/maizarah.yaacob

Golongan sasaran : Komuniti setempat dan luar

Kemahiran ICT : Perbankan atas talian,whatsapp, Facebook dan Microsoft Word

Keadaan ekonomi yang makin menekan kini menyebabkan Puan Maizarah dan keluarga terus menceburi berbagai-bagai bidang perniagaan semata-mata untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Beliau dan suami, selain mengusahakan kedai makanan dan runcit turun termurun keluarga, turut membuka gerai jualan "car boot sales" setiap malam minggu di pekan Gemas. 

Pelbagai inisiatif dijalankan bagi menarik minat masyarakat setempat serta warga FB untuk sama-sama turun padang memeriahkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut termasuklah menyediakan kupon , cabutan bertuah , pertandingan bagi kanak-kanak dan sebagainya. Segalanya turut dikongsi di laman Facebook beliau dari semasa ke semasa. Selain itu juga, beliau turut menghantar Whats App kepada rakan-rakan tentang perniagaan yang beliau jalankan supaya rakan-rakan setiap update dengan status semasa beliau.

Selain rajin melibatkan diri dalam acara yang dijalankan di Pi1M, anak beliau juga turut sama menyertai kelas ICT cilik yang kami jalankan bagi kanak-kanak Tabika Kemas setiap selasa hingga khamis setiap bulan.