USAHAWAN 11 : Aqiqah, Kambing Golek , Ternakan Kambing dan Gerai Burger

19 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                  : Khatijah Omar Sidi

No. Telefon          : 011-17763070

Status                 :  Berkahwin

Umur                  :  33 tahun

Pendidikan          :  Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Taha, Gemencheh

Nama perniagaan: Feliza Enterprise

Bentuk perniagaan : Aqiqah, Kambing Golek dan ternakan kambing dan gerai burger

Alamat Perniagaan : No. 167 Felda Sungai Kelamah

Online Platform : Whatsapp / Facebook

Alamat Facebook : https://www.facebook.com/Feliza-enterprise

Golongan sasaran : Komuniti setempat dan luar

Kemahiran ICT : Perbankan atas talian,whatsapp, Facebook dan Microsoft Word

 

Puan Khatijah Omar Sidi merupakan anak jati Felda Sungai Kelamah. Beliau dan suami sama-sama berusaha untuk memajukan perniagaan disamping meningkatkan taraf hidup keluarga. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata dan kini menetap di rumah peninggalan keluarga disamping membantu enjaga ibu yang semakin uzur.

Selain menternak kambing, mebuat kambing golek dan aqiqah, beliau turut menjalankan perniagaan gerai jualan burger. Setiap petang , beliau akan mula beroperasi dan komuniti setempat akan mendapat perkembangan semasa melalui laman facebook beliau. Jika ada menu-menu baharu, beliau akan memuat naik segalanya di facebook dan juga whats app.

Selain itu, beliau turut mempunyai kelebihan dalam menggunakan computer. Beliau cekap dan cepat belajar untuk sesuatu perkara baharu dan juga sering bertanya setiap kali kelas ICT dijalankan.