Program Sempena Cuti Sekolah 2016 : Kem Cuti Sekolah 29-30 November 2016

30 November 2016 | Berita Terkini

Program Sempena Cuti Sekolah 2016 : Kem Cuti Sekolah 29-30 November 2016

Pada Selasa dan rabu yang lalu, Pi1M Felda Sungai Kelamah telahpun mengadakan 1 program bersempena dengan cuti sekolah yang baru bermula bagi tahun 2016.

Program ini merupakan aktiviti tahunan kami, di mana ianya melibatkan ahli Pi1M cilik berusia 6 tahun ke atas. Bagi program kali ini sahaja, kami berjaya mencatat kehadiran seramai 47 orang dan peserta termuda merupakan ahli pi1m yang berumur 5 tahun.

Program yang diberi nama “ Kem Cuti Sekolah “ ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Ini adalah kerana, rata-rata para peserta yang menyertai program ini mendapat maklumat berkaitan adalah melalui laman sosial Whats App. Kebanyakkan peserta pada kali ini juga merupakan peserta di luar kawasan Felda Sungai Kelamah yang turut berminat untuk menyertai program ini. Ibu bapa sanggup untuk menghantar anak-anak walaupun rumah mereka terletak di pekan Gemas, Kampung Sungai Dua dan juga Taman Pinggiran Sungai Kelamah.

 Kebanyakkan aktiviti yang kami jalankan adalah termasuk aktiviti dalaman dan luaran seperti taklimat Klik Dengan Bijak, penerangan tentang peraturan Pusat Internet, pengenalan kepada laman sesawang Pusat Internet iaitu Microsite , permainan seperti “protect your egg’, “minda cerdas”, “perang belon” dan juga pertandingan mewarna .

Rata-rata peserta yang menyertai program ini amat gembira dan teruja untuk menyertai program yang lain pada masa akan datang. Semoga kami akan sentiasa dapat menjalankan pelbagai aktiviti supaya dapat menarik minat lebih ramai peserta untuk mengisi masa lapang mereka sepanjang cuti sekolah ini.