PROGRAM USAHAWAN MUDA & DIY KOTAK DADU.

02 December 2016 | Berita Terkini

PROGRAM USAHAWAN MUDA & DIY KOTAK DADU.

Pada 26/11/2016 yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan dua aktiviti bersama ahli pi1m iaitu Program Usahawan Muda dan DIY Kotak Dadu. Program ini bertujuan untuk mendedahan kepada mereka tentang makna usahawan dan ciri-ciri usahawan. Selain itu juga aktiviti ini bertujuan untuk melihat kreativiti mereka ketika membuat dadu gergasi menggunakan bahan terpakai seperti kotak dan kertas.

Sebelum diy membuat kotak bermula para peserta di berikan taklimat tentang usahawan terlebih dahulu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Izzattie iaitu Pengurus Pi1M Felda Sungai Kelamah yang memfokuskan usahawan desa. Taklimat yang diberikan serba sedikit dapat membuka minda para peserta tentang makna usahawan dan ciri-ciri usahawan desa.

Setelah tamat memberikan taklimat tentang usahawan aktiviti kedua dijalankan iaitu DIY Membuat Kotak Dadu. Aktiviti ini telah disertai seramai 6 orang peserta yang berusia 11 dan 12 tahun. Mereka diberikan sebuah kotak, kertas putih, kertas hitam, pita pelekat dan gunting untuk membuat kotak dadu tersebut.

Setiap ahli kumpulan telah memberikan kerjasama yang amat baik semasa membuat kotak dadu tersebut. Para peserta dikehendaki membuat sebuah kotak dadu tersebut kerana ia akan digunakan pada Kem Cuti Sekolah akan datang. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 11 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.