Kisah Kejayaan - BUCKET CHOCOLATE

07 December 2016 | Kisah Kejayaan

BUCKET CHOCOLATE – QASEH HATI MAYYA MANJE

Puan Yusrina Binti Yunus , 39 Tahun merupakan anak jati Kampung Felda Sungai Kelamah. Beliau merupakan wanita yang berani menceburi bidang perniagaan walaupun beliau tahu terdapat banyak persaingan dalam bidang yang ingin diceburinya. Walaupun mempunya Diploma dalam jurusan seni bina beliau tetap ingin untuk menjadi usahawan kerana minat yang mendalam dalam dunia perniagaan sejak dari bangku sekolah lagi. Selepas tamat pembelajaran beliau berkahwin dengan seorang pemuda yang juga berasal dari Felda Sungai Kelamah dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Selepas berkahwin beliau hanya mengusahakan ladang getah milik keluarganya disamping berniaga makanan ringan untuk menampung pebelanjaan harian. Setelah beberapa tahun, dengan wang yang terkumpul beliau telah memulakan perniagaannya pada 1 November 2015 yang diberi nama “Bucket Chocolate”. Pada mulanya beliau melihat perniagaan bucket chocolate ini di facebook sahabatnya. Dari situ tercetus idea untuk menjadikan Bucket Chocolate sebagai mata pencariannya selain dari mengusahakan ladang getahnya.

Kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Sungai Kelamah telah banyak membantu beliau dalam urusan pernigaannya dengan menggunakan perkhidmatan wifi kampung Tanpa Wayar secara percuma. Beliau banyak menerima tempahan daripada pelanggannya melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp. Justeru itu beliau gembira dengan adanya kemudahan wifi percuma dapat memudahkan aktiviti perniagaannya. Sekiranya perkhidmatan wifi dirumahnya terputus beliau akan hadir ke Pi1m untuk membuka akaun facebook untuk melihat sekiranya ada tempahan diripada pelanggannya.

Perniagaan Bucket Chocolate ini merupakan pernigaan bertujuan untuk memberi kejutan kepada orang yang tersayang seperti suami isteri, anak, ibu bapa dan pelbagai lagi. Baru-baru ini beliau membuat kejutan terhadap suami rakannya untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinannya. Bucket tersebut akan di isi dengan pelbagai jenis coklat mengikut harga kehendak pelanggannya. Beliau juga amat kreatif dalam bidang hiasan dan pernah memenangi beberapa pertandingan hiasan. Justeru itu beliau mengunakan kebolehanya itu untuk menghias bucket chocolate menjadi lebih menarik.

Setiap aktiviti atau urusan perniagaannya beliau akan promosikan di laman facebooknya di https://www.facebook.com/profile.php?id=100002251356012&fref=ts. Melalui media sosial beliau dapat mempromosikan pernigaannya kepada kenalannya sekiranya tidak dapat menghubungi beliau melalui telefon. Oleh yang demikian setiap hari beliau akan mengemaskini akaun facebooknya supaya orang ramai dapat melihat aktiviti terbaru perniagaannya. Selain itu beliau juga menerima tempahan untuk majlis hari jadi, perkahwinan, ulang tahun perkahwinan dan majlis rasmi untuk dijadikan sebagai cendera hati.

Dengan adanya kemudahan yang disediakan pihak Pi1m sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan harian penduduk setempat terutamanya bagi golongan usahawan. Selain itu program-program yang diadakan untuk golongan usahawan amat sesuai untuk membantu usahawan-usahawan baru dalam berniagaan yang diceburi.