Pertandingan Mewarna Berkumpulan

24 December 2016 | Berita Terkini

Pada hari ini, kami di Pi1M Felda Sungai Kelamah telah pun mengadakan satu program khas buat ahli-ahli cilik Pi1M Sg Kelamah untuk mengisi masa lapang mereka sempena cuti persekolahan .

Kami menjalankan Pertandingan Mewarna Terbuka untuk 2 kategori iaitu kategori bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun. 

Seramai 18 orang peserta telah pun mendaftar dan kami berjaya membentuk 5 kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 4 orang peserta setiap satu.

Pertandingan bermula seawall jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi. Kesemua kumpulan berjaya menghasilkan sebuah gambar yang cantik berdasarkan arahan yang diberi iaitu markah akan diambil dengan melihat kepada  kreativiti dan kekemasan yang ada dalam setiap hasil lukisan sesebuah kumpulan.

Kumpulan yang berjaya merupakan antara kumpulan yang mempunyai ahli cilik teramai  dan ini menunjukkan kekreatifan mereka adalah lebih baik daripada ahli kumpulan yang lain.

Kesemua kumpulan tidak pulang dengan tangan kosong kerana kami turut menyediakan hadiah untuk semua kumpulan . kami juga amat berterima kasih kepada semua kerana membantu kami dalam menjayakan aktiviti anjuran Pi1M pada kali ini.

Para ibu bapa juga tidak kurang hebatnya apabila turut sama mewar-warkan mengenai pertandingan ini di laman sosial masing-masing seterusnya menjadikan penyertaan pertandingan mewarna kali ini amat memberangsangkan.

Semoga pada masa akan datang, program sebegini dapat dijalankan dan mendapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat .