Program Cuti Sekolah dan KDB 14 Disember 2016

26 December 2016 | Berita Terkini

Program Cuti Sekolah dan KDB 14&16 Disember 2016

Pada 14 dan 16 Disember 2016 yang lalu Pi1M Felda Sungai Kelamah telah mengadakan Program Cuti Sekolah dan Program KDB untuk pelajar sekolah menengah dan rendah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara ahli Pi1M disamping mengisi masa lapang pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Selain itu, melalui aktiviti ini akan dapat menarik minat peserta dan ibu bapa untuk selalu hadir ke Pi1M selain mempromosikan Pi1M lebih dari sekadar pusat internet semata-mata.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah pertandingan membuat origami haiwan, melukis kereta masa hadapan, pertandingan mewarna, taklimat KDB dan pertandingan Saidina untuk pelajar sekolah rendah serta pertandingan Sahiba untuk perlajar sekolah menengah. Melalui aktiviti ini kita akan dapat melihat semangat berpasukan yang ditunjukkan disamping dapat mengeratkan silaturahim antara kaki tangan Pi1M dan peserta.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat tentang peraturan-peraturan semasa berada di kawasan Pi1M. Para peserta diterangkan satu persatu tentang peraturan semasa berada didalam atau diluar kawasan PI1M. Tujuan taklimat ini diberikan adalah untuk memberi kesedaran bahawa setiap peserta yang ingin masuk atau menggunakan perkhidmatan Pi1M perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya dapat mengelakkan perkara yag tidak di ingini berlaku.

Setelah itu barulah aktiviti di jalankan tepat jam 10.30 pagi. Seramai 46 peserta telah terlibat dalam program ini dan dibahagikan kepada lima kumpulan. Setelah tamat aktiviti waktu pagi, para peserta di berikan taklimat tentang Klik Dengan Bijak. Taklimat ini bertujuan untuk membudayakan penggunaan internet secara positif dikalangan orang ramai terutama pelajar sekolah.

Program cuti sekolah ini berakhir pada jam 5.30 petang dan diikuti acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengurus PI1M Felda Sungai Kelamah. Setiap kumpulan mendapat hadiah termasuk yang kalah kerama mereka telah menunjukkan semangat yang jitu semasa aktiviti dijalankan. Mereka semua berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat menambah ilmu dalam setiap aktiviti yang dijalankan.