Mengenai Pusat Internet
Tarikh 22 April 2010 adalah merupakan hari pertama Pusat Internet Felda Sungai Kelamah mula beroperasi sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti yang kemudiannya diubah namanya kepada Pusat Internet diilhamkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Axiata Berhad . Dilengkapi dengan 20 buah komputer dan ruang bilik kelas atau latihan, ianya menjadikan Pusat Internet Felda Sungai Kelamah sebagai sebuah pusat internet yang menitikberatkan kemudahan dan keselesaan yang diperlukan oleh komuniti setempat.
Tujuan Pusat Internet ini
ditubuhkan adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat dan
komuniti luar bandar dan juga bandar. Selain memberi pendedahan dan kesedaran
kepada masyarakat setempat tentang kepentingan mempelajari teknologi maklumat , Kami juga menyediakan kemudahan asas penggunaan komputer dan aplikasi. Selain
menawarkan perkhidmatan komputer dan internet , kami juga menyediakan
perkhidmatan fotostat, printing, laminating dan sebagainya. Wifi percuma juga
turut disediakan dengan hanya mendaftar sebagai ahli dan dikenakan bayaran
sebanyak RM5 sahaja.
Dengan adanya
kemudahan yang disediakan kami yakin dan percaya tahap pengetahuan masyarakat
dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit.Tambahan pula, kami di Pusat Internet sentiasa
mengadakan kelas-kelas asas komputer untuk komuniti setempat untuk pendedahan
awal sebelum mereka mahir dalam IT. Paling menarik, tiada yuran dikenakan untuk
kelas-kelas tersebut. Kami juga mengalu-alukan aktiviti usahasama dengan
komuniti setempat sekiranya perkhidmatan kami diperlukan.
Pusat Internet juga bertindak
sebagai pusat pengumpulan maklumat seperti kisah-kisah kejayaan dan kepakaran
masyarakat setempat serta menyebarkan pengetahuan di kalangan kamunti.
Antaranya hub bagi keusahawanan, kreativiti dan inovasi untuk pembangunan sosio
ekonomi dan kandungan tempatan. Sehubungan dengan itu Pusat Internet juga turut menjadi
pusat hubungan dan jaringan bagi masyarakat setempat selain platform untuk
ikatan jaringan sosial, advokasi dan pembangunan ekosistem yang lebih kukuh di
antara pemimpin, shareholder dan masyarakat.
Bagi yang mempunyai
perniagaan atau perusahaan Pusat Internet juga bertindak sebagai pusat keusahawanan dan
e-dagang. Usahawan boleh memasarkan produk mereka secara atas talian dan
mengunakan pelbagai aplikasi untuk memasarkan produk seperti e-kerajaan,
e-perdagangan, urus niaga perbankan dalam talian dan lain-lain. Selain
itu juga masyarakay boleh mendapatkan informasi dengan lebih tepat dan pantas
serta dapat menyumbang kearah pembangunan masyarakat yang berpengatahuan,
meningkatkan kemahiran pekerjaan dan penggerak kepada komuniti.
Untuk menjadikan
masyarakat setempat sentiasa dihubungkan dengan dunia luar, pihak Pusat Internet Felda Sungai Kelamah turut
melaksanakan program Kampung Tanpa Wayar (KTW) untuk memberi kemudahan akses
internet kepada seluruh warga komuniti. Talian internet boleh di akses hanya di
rumah sahaja sekiranya mereka mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Felda Sungai Kelamah. Ini menjadikan
penduduk luar bandar lebih ramai yang celik IT berbanding pada satu masa
dahulu.
Jumlah penduduk Felda
Sungai Kelamah ialah seramai 2640 orang. Rata-rata pekerjaan penduduk Felda
Sungai Kelamah adalah peneroka felda yang terdiri daripada golongan generasi
pertama dan kedua. Walaupun pekerjaan utama masyarakat disini peneroka namun
masih ramai juga penduduk yang menjalankan pekerjaan sendiri seperti pengusaha
kedai runcit, kedai makanan minuman, kedai jahitan, kontraktor, pengusaha
kilang roti boom dan pelbagai lagi. Selain itu anak-anak generasi kedua juga
telah ramai yang berjaya dan berhijrah kebandar untuk bekerja. Kami di Pusat Internet Felda Sungai Kelamah sentiasa mengalu-alukan kedatangan masyarakat untuk menggunakan kemudahan yang
disediakan di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim.
Sejarah Penubuhan
Felda Sungai Kelamah
Tanah
Rancangan FELDA yang mula dibangun pada tahun 1956 yang diasaskan oleh Tun
Abdul Razak Perdana Menteri ketika itu. Felda yang mula dibuka ialah di Lembah
Bilut, Bentong, Pahang dengan kira-kira 400 orang peserta. Mereka yang
mula-mula menjadi peneroka, yang membuka hutan untuk menanam getah. FELDA
Sungai Kelamah mula dibangunkan sekitar tahun 1965.
Terletak
antara Jalan Utama Tampin dan Gemas. Pada mula penubuhan Felda untuk menangani
masalah petempatan semula penduduk luar Bandar yang miskin ke kawasan-kawasan
yang baru agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Seramai 403 keluarga
telah dipanggil untuk menyertai tanah rancangan ini. Mereka dipilih adalah
dalam kalangan orang Melayu termiskin di luar Bandar.
Felda
Sungai Kelamah mula ditubuhkan pada tahun 1965 yang menempatkan seramai 403
orang peneroka. Keluasan kawasan Felda ini ialah 29.92 hektar manakala keluasan
kawasan tanaman getah seluas 1592.55 hektar . kebanyakkan peneroka yang
terpilih untuk menyertai tanah rancangan Felda Sungai Kelamah berasal dari
Negeri Sembilan sebanyak 90% dan selebihnya berasal dari Melaka dan Johor.
Kelapa sawit dan getah merupakan sumber utama pendapatan golongan peneroka
disini.
Sehingga
kini banyak perkembangan dan kemajuan Felda Sungai Kelamah telah dicapai
antaranya perniagaan D’Mart, kawasan perumahan bertambah, pembinaan masjid
baharu, Pusat Literasi Keluarga (PLK), Skim Tuisyen Felda, Pusat Internet Felda Sungai Kelamah dan pelbagai lagi.
Pada
tahun 1990 pengambilan peneroka tidak lagi dilaksanakan kerana telah banyak
kawasan baru dibuka untuk golongan yang tidak berkemampuan dan pada tahun itu
juga tanah rancangan FELDA diuruskan sendiri oleh FELDA. Oleh kerana FELDA
terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pengurus dilantik untuk menguruskan
sesebuah Felda itu sendiri.Pengurus merupakan ketua pentadbir dalam sesebuah
Felda. Beliau bukan sahaja mengurus sesebuah Felda, malah beliau juga sebagai
tempat mengadu sekiranya peneroka menghadapi masalah dalam hal-hal yang
berkaitan dengan ladang.
Penubuhan
FELDA berkait rapat dengan masalah sosiokonomi yang timbul pada tahun 1950-an
seperti pengangguran dan kemiskinan yang kebanyakkannya terdapat di kalangan
masyarakat luar abndar. Dengan wujudnya usaha ini ia dapat meningkatkan taraf
hidup dikalangan para peneroka yang kebanyakkannya berada di luar Bandar.
Maklumat PI1M & Komuniti Felda
Sungai Kelamah
Lokasi |
Pusat Internet Felda Sungai Kelamah, Bangunan
Sekolah Agama Rakyat, Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan |
UST Area |
Gemas |
Daerah |
Gemas |
Negeri |
Negeri Sembilan Darul Khusus |
Populasi | 2640 |
Aktiviti Ekonomi Utama |
Pertanian (Getah), Perniagaan Kecil-kecilan, Kedai Makan
dan Minuman,Penternakan (Lembu & Kambing) |
Jumlah Keahlian (setakat 1 Disember 2017) |
1630 |
Lat/Long PI1M |
N 2.589 , E 102.511 |
Teknologi |
Hub & Spoke – Microwave |
Permberi Perkhidmatan |
Celcom Axiata Berhad |
Tarikh Bermula Beroperasi |
22 April 2010 |
Maklumat Pengurusan PI1M |
Pengurus Nama: Muhammad Firdaus Bin Jaafar Email:firdaus@celcom1cbc.com No Telefon: 017-8264672 Penolong Pengurus Nama: Nur Syahira Binti Abu Hassan Email:nursyahira@celcom1cbc.com No Telefon: 017-787 7492 |
Website |
http://www.celcom1cbc.com/sg-kelamah |
|