Ekonomi dan Keusahawanan


PENTERNAKAN.

Aktiviti keusahawanan yang popular di Felda Sungai Kelamah adalah penternakan kerbau, lembu, dan kambing. Penternakan lembu dan kambing semakin popular dikalangan penduduk Felda Sungai Kelamah kerena permintaan yang tinggi oleh masyarakat. Walaupun mempunyai pesaing para penternak tidak pernah berputus asa untuk memajukan perniagaan mereka. Haiwan yang diternak kebanyakkannya dibiar dan dilepaskan meragut dikawasan ladang sawit supaya tidak memasuki kawasan perumahan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir penternak membela haiwan ternakan mereka dikawasan rumah yang berkandang. Kebanyakkan penternak-penternak menjual haiwan yang telah disembelih dipasar-pasar sekitar kawasan Gemas, Namun ada juga penternak menjual ternakan mereka ke merata tempat jika ada permintaan. Menternak haiwan memerlukan modal yang agak besar kerana kos penternakan semakin meningkat.Oleh yang demikian pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk penternak yang baru memulakan perniagaan. Pendapatan penternak juga amat lumayan tambahan lagi apabila menjelang musim perayaan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.