Kemudahan Awam

KEMUDAHAN ASAS
Setelah FELDA telah ditubuhkan pihak kerajaan amat prihatin
terhadap keselesaan peneroka. Justeru itu pihak FELDA telah menyediakan
beberapa kemudahan asas bagi menjamin kesejahteraan hidup peneroka. Antara kemudahan asas yang
disediakan ialah bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya. Selain itu juga
terdapat banyak lagi kemudahan yang disediakan seperti masjid kariah, klinik
desa, pondok polis, lampu jalan, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal
dan pelbagai lagi.
KESIHATAN
Di Felda Sungai Kelamah terdapat pusat kesihatan yang
dikenali sebagai Klinik Desa Felda Sungai Kelamah. Klinik Desa Felda Sungai
Kelamah beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00
petang. Kedudukan klinik desa ini sangat strategik kerana terletak ditengah-tengah
komuniti Felda Sungai Kelamah. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh klinik
desa ini ialah rawatan susulan ibu mengandung, pemeriksaan kesihatan untuk
kanak-kanak dan dewasa, pemantauan bayi secara berkala, rawatan kecemasan dan
pelbagai lagi. Dengan wujudnya klinik desa ini sedikit sebanyak memberi manfaat
kepada warga setempat.
KESELAMATAN.
Berkaitan dengan keselamatan Felda Sungai Kelamah ia menjadi
tanggungjawab pihak Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Anggota Ikatan
Relawan Rakyat (RELA). Pengerusi JKKK Felda Sungai Kelamah En.Ibrahim
b.Pendek sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada kejadian yang
tidak diingini berlaku. Selain itu pihak RELA juga memainkan peranan penting
dalam menjaga kesejahteraan kampung.
Walaubagaimanapun segala usaha menjaga keselamatan penduduk
kampung tidak lengkap jika tiada pihak yang berkuasa. Segala masalah
keselamatan yang berlaku dikawasan mahupun sekitar kampung akan dilaporkan
terlebih dahulu pada pihak polis Felda Sungai Kelamah.