Komuniti


JKK

Dalam sesebuah komuniti pasti ada satu jawatan yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan keselamatan, kebajikan, sosial dan pelbagai lagi. Justeru itu Jawatankuasa Kemajuaan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menjadi tulang belakang sesebuah komuniti. Setiap aktiviti ataupun program yang ingin dijalankan haruslah mendapat persetujuaan seluruh ahli JKKK supaya program tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. Sebelum melaksanakan sesebuah program pihak JKKK haruslah bermesyuarat bersama badan-badan komuniti bagi merancang aktiviti dengan sempurna. Pihak JKKK juga turut berperanan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk kampung selari dengan amanah yang telah diberikan. Selain itu masyarakat juga harus memberikan kerjasama yang maksima untuk sama-sama memajukan taraf hidup penduduk kampung.

BELIA

Golongan belia antara golongan yang teramai di Felda Sungai Kelamah. Mereka mempunyai aktiviti sendiri dan juga turut melibatkan diri dalam aktiviti yang di anjurkan pihak JKKK. Walaupun ramai golongan belia telah berhijrah namun mereka tetap menabur bakti dan mengharumkan nama Felda Sungai Kelamah. Aktiviti utama golongan belia sudah tentulah bersukan. Antara aktiviti yang sering dilakukan golongan belia ialah futsal, bola sepak dan sepak takraw. Persatuan Belia Felda Sungai Kelamah turut aktif menyertai pertandingan anjuran pihak luar antaranya futsal dan sepak takraw. Sekiranya pihak JKKK ingin mengadakan sesebuah program golongan belia turut memberikan kerjasama membantu bagi melancarkan sesebuah program tersebut. Bagi mereka amalan tolong-menolong boleh mengeretkan lagi silaturahim antara golongan tua dan muda.

WANITA

Selain belia, golongan wanita juga turut memainkan peranan penting dalam sesebuah komuniti. Kewujudan Gerakan Persatuan Wanita Felda Sungai Kelamah (GPW) telah banyak memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam menjayakan aktiviti dan program yang dijalankan. Mereka juga turut memainkan perenan penting dalam menjayakan sesebuah majlis dari segi hiasan, makanan, kemudahan dan pelbagai lagi. Malah kumpulan wanita ini juga turut terlibat dalam program-program keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul dan berzanji. Oleh yang demikian terwujudlah kumpulan bacaan Yassin mengikut peringkat masing-masing. Mereka juga turut bersama-sama dalam menjayakan aktiviti gotong-royong yang diadakan oleh pihak JKKK.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.