Maklumat Tempatan
Sejarah
Penubuhan Felda Sungai Kelamah
Tanah Rancangan FELDA
yang mula dibangun pada tahun 1956 yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak Perdana
Menteri ketika itu. Felda yang mula dibuka ialah di Lembah Bilut, Bentong,
Pahang dengan kira-kira 400 orang peserta. Mereka yang mula-mula menjadi peneroka,
yang membuka hutan untuk menanam getah. FELDA Sungai Kelamah mula dibangunkan
sekitar tahun 1965.
Terletak antara Jalan
Utama Tampin dan Gemas. Pada mula penubuhan Felda untuk menangani masalah
petempatan semula penduduk luar Bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru
agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Seramai 403 keluarga telah
dipanggil untuk menyertai tanah rancangan ini. Mereka dipilih adalah dalam
kalangan orang Melayu termiskin di luar Bandar.
Felda Sungai Kelamah
mula ditubuhkan pada tahun 1965 yang menempatkan seramai 403 orang peneroka.
Keluasan kawasan Felda ini ialah 29.92 hektar manakala keluasan kawasan tanaman
getah seluas 1592.55 hektar . kebanyakkan peneroka yang terpilih untuk
menyertai tanah rancangan Felda Sungai Kelamah berasal dari Negeri Sembilan
sebanyak 90% dan selebihnya berasal dari Melaka dan Johor. Kelapa sawit dan
getah merupakan sumber utama pendapatan golongan peneroka disini.
Sehingga kini banyak
perkembangan dan kemajuan Felda Sungai Kelamah telah dicapai antaranya
perniagaan D'Mart, kawasan perumahan bertambah, pembinaan masjid baharu, Pusat
Literasi Keluarga (PLK), Skim Tuisyen Felda, Pusat Internet Komuniti Felda
Sungai Kelamah dan pelbagai lagi.
Pada tahun 1990
pengambilan peneroka tidak lagi dilaksanakan kerana telah banyak kawasan baru
dibuka untuk golongan yang tidak berkemampuan dan pada tahun itu juga tanah
rancangan FELDA diuruskan sendiri oleh FELDA. Oleh kerana FELDA terletak di
bawah Jabatan Perdana Menteri, Pengurus dilantik untuk menguruskan sesebuah
Felda itu sendiri.Pengurus merupakan ketua pentadbir dalam sesebuah Felda.
Beliau bukan sahaja mengurus sesebuah Felda, malah beliau juga sebagai tempat
mengadu sekiranya peneroka menghadapi masalah dalam hal-hal yang berkaitan
dengan ladang.
Penubuhan FELDA
berkait rapat dengan masalah sosiokonomi yang timbul pada tahun 1950-an seperti
pengangguran dan kemiskinan yang kebanyakkannya terdapat di kalangan masyarakat
luar abndar. Dengan wujudnya usaha ini ia dapat meningkatkan taraf hidup
dikalangan para peneroka yang kebanyakkannya berada di luar Bandar.
Bandar Berdekatan.
Bandar yang paling hampir dengan Felda Sungai Kelamah adalah bandar Gemas. Jarak antara Felda Sungai Kelamah dan Gemas dianggarkan sejauh 10km. Banyak kemudahan yang terdapat di Gemas antaranya Pejabat Pendaftaran Negara, Balai Bomba, Klinik Kesihatan, Stesen Keretapi Gemas dan pelbagai lagi. Bandar Gemas juga merupakan sempadan negeri Johor dan Negeri Sembilan.