Pelancongan & Rekreasi

GEMAS GOLF RESORT
Gemas
terkenal dengan tarikan popular seperti Gemas Golf Resort. Dengan kadar hotel yang
rendah Gemas Golf Resort menawarkan banyak pilihan penginapan tidak jauh dari
Padang Golf. Gemas Golf Resort adalah berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam
seperti KTMB Gemas dan Perhentian Bas Gemas.
Tempahan
untuk hotel berdekatan Gemas Golf Resort adalah mudah melalui borang tempahan
dalam talian Agoda.com yang selamat. Penginapan boleh ditemui dengan mudah di
laman sesawang, dengan carian yang mesra pengguna dan maklumat hotel yang
menyeluruh.
Gemas
yang terletak di sempadan utara Johor hanya mengambil masa 2 atau 3 jam
perjalan jika menaiki kereta api dan dari Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam
setengah untuk sampai ke Gemas Golf Resort.
Lot.1160, 73400 Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel :
(+60) 7 - 9482 687
Fax :
(+60) 7 - 9482 688
Website: www.gemasgolfresort.com
TUGU PERINGATAN FELDA
SUNGAI KELAMAH
Sebuah tugu peringatan daripada marmar
setinggi 8 kaki telah dibina di Sungai Kelamah bagi memperingati tentangan
sengit tentera Australia terhadap kemaraan tentera Jepun padas 14 Januari 1941
, semasa Perang Dunia Kedua. Tentera Jepun sedang mara ke bandar Segamat.
Tentera Australia dipimpin oleh Leftenan Kolonel Gallahan
Salah satu kesan sejarah perang dunia kedua masih dapat anda
saksikan di sini. Pada masa perang tersebut, pihak British telah menggugurkan
bom di jambatan Sungai Kelamah. Tujuannya untuk mengelakkan kemaraan tentera
Jepun.
Sehingga
kini kita masih boleh menyaksikan rangka jambatan akibat bom British dan sebuah
tugu peringatan Jepun dibina bagi mengingati perajurit Jepun yang gugur di
sini. Pada setiap tahun ramai orang Jepun datang berkunjung ke lokasi ini untuk
menyaksikan sendiri bagaimana bekas pengeboman tersebut di samping menghormati
perajurit yang telah gugur dimedan perang ini.
Di
kawasan ini bukanlah merupakan lokasi yang dikunjungi orang ramai setiap hari.
Ianya dikunjungi pada masa-masa tertentu terutama pelancong daripada Jepun
untuk memperingati perajurit mereka yang gugur di medan perang. Di samping itu
juga tempat ini dikunjungi oleh orang ramai ( tempatan ) terutama
pelajar-pelajar sekolah yang membuat penyelidikan mengenai sejarah.
Kehadiran
pengunjung dianggarkan seramai 50 hingga 60 orang sebulan. Kawasan ini juga
mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai tempat pelancongan
memandangkan ianya mempunyai kesan sejarah yang tersendiri. Tambahan lagi
kedudukannya yang berhampiran dengan jalan utama Tampin - Gemas memudahkan lagi
orang ramai untuk berkunjung.