Pendidikan

Sejarah
Penubuhan Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelamah
Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (F) terletak di Felda
Sungai Kelamah (RKTP) iaitu kira-kira 44km dari bandar tampin dan 14km dari
Pekan Gemas. Sekolah ini berada di bawah naungan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Tampin yang menerajui agenda pendidikan bertaraf global.
Sekolah ini mula beroperasi pada 13 Mei 1968 berbekalkan
satu bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, satu kantin, tandas, 2 unit
rumah guru kelas G dan padang permainan. Guru besar sekolah pada masa itu
diterajui oleh Encik Mohammad Bin Sigot AMN, PJK, PKL dengan 4 orang guru dan
82 orang murid. Jejak awal ternyata berhasil bilangan murid mencecah sehingga
215 orang murid di akhir tahun tersebut.
Perasmian bangunan baru SK Sungai Kelamah oleh YAB
Menteri Besar Negeri Sembilan pada 29 Mei 1982 memangkin peradaban bangsa
melakar generasi perwira sehingga mencapai 515 orang murid, 16 orang guru dan
kakitangan pentadbiran sebagai anggota.
Tanggal 21 Ogos 1992, perayaan jubli perak dirasmikan oleh Y.B. Dato Hj. Mohd Noh Bin Rejab, Ahli Parlimen Tampin pada masa itu memahat inspirasi baru dan memahat kejayaan cemerlang, gemilang, terbilang.