Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Mula beroperasi pada 22 April 2010. Dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti yang kemudiannya diubah namanya kepada Pusat Internet 1 Malaysia, diilhamkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Axiata Berhad . Dilengkapi dengan 20 buah komputer dan ruang bilik kelas atau latihan, ianya menjadikan PI1M sebagai sebuah pusat internet  yang menitikberatkan kemudahan dan keselesaan yang diperlukan oleh komuniti setempat.

 

Tujuan PI1M ini ditubuhkan adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dan juga bandar. Selain memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan mempelajari teknologi maklumat , PI1M juga menyediakan kemudahan asas penggunaan komputer dan aplikasi. Selain menawarkan perkhidmatan komputer dan internet , kami juga menyediakan perkhidmatan fotostat, printing, laminating dan sebagainya. Wifi percuma juga turut disediakan dengan hanya mendaftar sebagai ahli dan dikenakan bayaran sebanyak RM5 sahaja. 

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan