Berita & Aktiviti Terkini

Program Bersama Komuniti (Gotong-royong)

18 January 2017 | Berita Terkini

17 Januari 2017 (Selasa) – Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo dengan kerjasama komuniti yang tinggal disekitar Pi1M khususnya ahli berdaftar Pi1M telah mengadakan program gotong-royong. Tujuan program gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar Pi1M dan juga bagi menggalakkan para akomuniti untuk terlibat serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pi1M. Pihak Pi1M sangat berterima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua komuniti yang telah meluangkan masa untuk bergotong-royong bersama-sama. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah memotong rumput, membersihkan parit, memungut sampah dan mencantas bunga. Pihak Pi1M percaya bahawa dengan adanya... read more

Q4 - Profile Usahawan (Puan Sainah Binti Jaimil)

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Sainah Binti Jaimil merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang berumur 53 tahun dan giat menjalankan aktiviti menjaja makanan ringan. Sebagai seorang suri rumah sudah semestinya mempunyai tanggungjawab yang tinggi terutama sekali dalam hal menguruskan hal rumah tangga. Taraf hidup yang semakin meningkat pada masa kini telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan ini bagi membantu suaminya menampung kehidupan seharian. Sokongan daripada suami dan ahli keluarga merupakan antara suntikan semangat beliau bagi meneruskan perniagaan ini. Selain daripada itu, beliau juga merupakan salah seoarang daripada ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kampung Sogo-Sogo.... read more

Program Penyerahan Tabung DIY

14 December 2016 | Berita Terkini

07 Disember 2016 (Rabu) – Menjelang Perayaan Natal yang  bakal dirayakan tidak lama lagi, pihak pengurusan Pi1M Kg. Sogo-sogo dan persetujuan ibubapa para peserta yang telah menyertai Program Kempen Mari Menabung pada awal tahun ini telah menyerahkan semula tabung yang sudah dibuat pada awal tahun berserta dengan wang yang telah mereka simpan.   Sebelum program ini dilaksanakan, taklimat ringkas advokasi KDB berkaitan dengan tips selamat ketika melayari laman sosial Facebook telah dikongsikan oleh Cik Helena Kolurren (Penolong Pengurus Pi1M). Antara mesej yang disampaikan adalah para pengguna perlu log keluar setiap kali sebelum... read more

Q4 - Profile Usahawan (Puan Monika Tampulong)

30 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

                                                    Puan Monika Tampulong merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang berumur 46 tahun dan menjalankan perniagaan kedai runcit. Antara barangan yang dijual di kedai beliau ialah barangan keperluan asas harian seperti beras, barangan dalam tin dan banyak lagi. Dalam realiti sebagai seorang peniaga, Puan Monika juga tidak terkecuali dalam menghadapi situasi di mana terdapat persaingan dalam perniagaan yang sedikit sebanyak merupakan antara kekangan yang dihadapi oleh para peniaga... read more

Program Gotong-royong bersama Komuniti

30 November 2016 | Berita Terkini

                                    30 November 2016 (Rabu) – Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo dengan kerjasama komuniti yang tinggal disekitar Pi1M telah mengadakan program gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan luar dan dan Pi1M. Seawal jam 8.30 pagi, seramai lapan belas orang peserta termasuk kakitangan Pi1M telah datang untuk menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Pihak Pi1M sangat berterima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua komuniti yang telah sudi meluangkan masa untuk bergotong-royong bersama-sama. Antara kerja-kerja yang dilakukan... read more

Program Advokasi dan Bengkel Video Kreatif

21 November 2016 | Berita Terkini

16 November 2016 (Rabu) – Sempena bermulanya cuti sekolah pada tahun ini, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sogo-sogo telah mengadakan satu program khususnya untuk para pelajar Sekolah Menengah dan belia/beliwanis yang berminat menyertainya. Program tersebut diberi nama Program Advokasi dan Bengkel Video Kreatif. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan para pelajar dan belia/beliawanis bagaimana menghasilkan video kreatif menggunakan perisian Wondershare Video Editor.   Sebelum bengkel video kreatif ini dilaksanakan taklimat ringkas advokasi KDB berkaitan dengan E-Waste telah dikongsikan oleh Cik Helena Kolurren (Penolong Pengurus Pi1M). Antara mesej yang disampaikan adalah peralatan elektronik seperti... read more

Program Advokasi dan Bengkel Kecantikan

31 October 2016 | Berita Terkini

Pada 09 Oktober 2016 (Ahad), Program Advokasi dan Bengkel Kecantikan LA'SOUL telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia dan Beliawanis Kampung Sogo-Sogo. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta sekitar Kampung Sogo-Sogo. Seramai 6 orang tenaga pengajar dan 11 orang peserta terlibat secara  langsung dalam program ini. Dalam program ini, staff Pi1M mengambil kesempatan mengadakan taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan Pi1M yang ditawarkan disamping mempromosikan USM Smart Learning kepada para peserta. Selain itu, taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi sama-sama... read more

Program Ceria Cahaya Pi1M

28 October 2016 | Berita Terkini

Pada 18 Oktober 2016 (Selasa), satu program yang dinamakan Program Ceria Cahaya Pi1M telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan daripada Pelajar Sekolah Rendah yang juga merupakan ahli Pi1M Kg. Sogo-sogo. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta. Seramai 6 orang peserta terlibat secara langsung dalam program ini. Dalam program ini, sebelum aktiviti diteruskan staf Pi1M mengambil kesempatan untuk mengadakan taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak bagi sama-sama mengetahui keselamatan semasa melayari internet samada melalui laman sosial menggunakan smartphone atau komputer. Program diteruskan dengan slot taklimat ringkas... read more

Program Hari Sukan Negara

15 October 2016 | Berita Terkini

08 Oktober 2016 (Sabtu) - Program Hari Sukan Negara sekali lagi telah diadakan serentak di seluruh negara pada tahun  ini. Program ini adalah kesinambungan daripada inisiatif yang dipacu Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif di dalam transformasi Malaysia sebagai sebuah negara sukan. Program ini mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja kepada masyarakat bandar tetapi turut mendapat sambutan dari masyarakat luar bandar. Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Sogo-sogo, Tongod juga tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam program ini. Dengan kerjasama Persatuan Belia Kg. Sogo-sogo program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program... read more

Latihan Keusahawanan (Program Hari Terbuka Pi1M)

29 September 2016 | Berita Terkini

Sempena Program Hari Terbuka Pi1M 2016 yang diadakan pada 10 September 2016, pihak kakitangan Pi1M mengambil kesempatan untuk mengadakan taklimat ringkas dan pengedaran risalah  berkaitan dengan Latihan Keusahawanan. Seramai empat puluh enam  (46) orang pengunjung yang terdiri daripada 25 orang perempuan dan 21 orang lelaki  telah mengambil risalah berkaitan Latihan Keusahawanan dan mendengar secara ringkas tentang Latihan Keusahawanan. Kakitangan Pi1M berharap semoga para komuniti yang sudah mendengar dan mengambil risalah tersebut dapat bertindak dan memanfaatkan kemudahan yang ada bagi menaikan taraf hidup mereka.... read more

lagi berita & aktiviti