Berita Terkini
Mesyuarat Bersama AJK Wanita Pi1M
22 April 2018 | Berita Terkini12 April 2018 (Khamis) – Pihak pengurusan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo dengan kerjasama AJK Wanita Pi1M yang tinggal disekitar Pi1M telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa agenda. Seramai 8 orang AJK wanita telah hadir dan terlibat secara langsung dalam mesyuarat yang bermula dari jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menentukan tarikh Program Sambutan Hari Wanita Pi1M. Selain menetapkan tarikh program tersebut, para AJK juga membincangkan pengisian aktiviti sepanjang program itu akan berlangsung ini bagi meraihkan dan menghargai wanita-wanita Pi1M sekitar Kampung Sogo-Sogo secara... read more
Cabaran Ilmu Hisab
21 April 2018 | Berita Terkini09 April 2018 (Khamis) : Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kampung Sogo-Sogo telah berjaya melaksanakan Program Cabaran Ilmu Hisab bersama dengan pelajar sekolah rendah yang dihadiri seramai 15 orang. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran peserta dan tamat pada jam 4.30 petang dengan sesi penyampaian hadiah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguji kecekapan mengira para peserta serta menanamkan minat suka mengira dikalangan peserta. Sebelum cabaran ini dilaksanakan, kakitangan Pi1M... read more
Program Indah dan Bersihnya Pi1M
11 April 2018 | Berita Terkini05 April 2018 (Khamis) – Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo dengan kerjasama komuniti yang tinggal disekitar Pi1M khususnya komuniti wanita dan pelajar sekolah rendah telah mengadakan program gotong-royong. Tujuan program gotong-royong ini diadakan pada kali ini adalah untuk membersihkan kawasan sekitar Pi1M dan juga menanam bunga bagi menceriakan kawasan Pi1M. Selain itu, program ini juga bagi menggalakkan para komuniti untuk terlibat serta dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pi1M. Pihak Pi1M sangat berterima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua komuniti yang telah meluangkan masa untuk bergotong-royong bersama-sama. Pihak Pi1M percaya... read more
Program I'm Creative & Innovative
27 March 2018 | Berita Terkini13 March 2018 (Selasa) : Sekali lagi Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kampung Sogo-Sogo telah berjaya melaksanakan Program I’m Creative & Innovative bersama dengan pelajar sekolah rendah yang dihadiri seramai 21 orang. Program ini bermula pada jam 1.45 petang dengan pendaftaran peserta dan tamat pada jam 4.45 petang dengan sesi penyampaian hadiah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melihat kreativiti para peserta dalam mencipta sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Sebelum program ini dilaksanakan, kakitangan Pi1M mengambil kesempatan untuk menyampaikan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak agar para pelajar sentiasa berwaspada ketika melayari... read more
Program Hari Terbuka Pi1M 2018
24 March 2018 | Berita Terkini22 Mac 2018 (Khamis) – Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo, Tongod dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pi1M telah berjaya melaksanakan Program Hari Terbuka Pi1M 2018. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Laising Podok (Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.47 Kuamut) merangkap Penasihat 1 Pi1M Kg. Sogo-sogo, Tongod. Tujuan program ini diadakan bagi memperkenalkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan dan latihan-latihan yang diberikan oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Program dan juga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahin di antara Kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia dan juga komuniti. ... read more
Q1 2018 : Celik ICT (Candra Kristela Awasi)
22 March 2018 | Kisah KejayaanNAMA : CANDRA KRISTELA AWASI UMUR : 19 TAHUN Kisah kejayaan ICT yang diketengahkan pada kali ini adalah Cik Candra Kristela Awasi yang merupakan pelajar lepasan STPM, berumur 19 tahun dan juga penduduk asal Kg. Sogo-Sogo. Beliau telah menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia sejak tahun 2010 dan sering menggunakan kemudahan yang ada terutama sekali kemudahan jaringan internet. Sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM, Cik Candra mengambil peluang ini untuk mengikuti Kelas ICT yang diadakan di Pi1M Kg. Sogo-Sogo bagi menambah lagi pengetahuan tentang penggunaan komputer. Sebelum mengikuti Kelas ICT di Pi1M,... read more
Usahawan Pi1M Q1 2018 (2) : Pn. Jurinah Jaimil
17 March 2018 | Profil Usahawan TempatanNama : Pn. Jurinah Jaimil Jenis Perniagaan : Menjual Kuih-Muih & Sayap Ayam Bakar Tempat : Kg. Sogo-sogo, Tongod. Puan Jurinah Jaimil merupakan surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan menjual kuih-muih dan sayap ayam bakar. Biasanya beliau akan menjual kuih-muih beraneka jenis pada waktu pagi semasa hari persekolahan, manakala menjual sayap & tongeng ayam bakar pada waktu petang. Puan Jurinah juga merupakan salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Pi1M Kg. Sogo-sogo dan ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kampung Sogo-sogo. Bagi mengatasi persaingan antara penjaja, beliau suka melayari internet bagi mendapatkan idea-idea baru dalam... read more
Usahawan Pi1M Q1 2018 (1) : Pn. Jemima Binti Parmin
17 March 2018 | Profil Usahawan TempatanNama : Pn. Jemima Binti Parmin Jenis Perniagaan : Menjual Pelbagai Jenis Bunga Kertas Tempat : Kg. Sogo-sogo, Tongod Puan Jemima Binti Parmin merupakan surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis bunga kertas secara kecil-kecilan. Menurut beliau, minat dan hobi beliau melihat keindahan pelbagai jenis warna bunga kertas apabila berbunga telah mendorong beliau untuk menanam pelbagai jenis pokok bunga kertas tersebut. Lama-kelamaan minat itu menjadi sumber pendapatan beliau apabila mendapat permintaan daripada orang kampung dan juga peminat bunga kertas dari luar. Pada masa ini, beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara bukan... read more
Mesyuarat Hari Terbuka Pi1M Kg. Sogo-sogo, Tongod 2018
09 March 2018 | Berita Terkini08 March 2018 (Khamis) – Hari Terbuka Pi1M merupakan satu program untuk komuniti yang wajib dilaksanakan oleh semua Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) di seluruh Malaysia. Antara tujuan program ini adalah untuk mempromosikan dan menghargai komitmen komuniti terhadap penubuhan Pi1M di kawasan Kg. Sogo-sogo serta mengeratkan lagi silaturahim antara komuniti dengan pengurusan Pi1M. Bagi menjayakan pelaksanaan program Hari Terbuka Pi1M ini, pihak pengurusan Pi1M dengan kerjasama AJK Pi1M dan komuniti yang tinggal disekitar Pi1M telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tarikh, tempat dan pengisian aktiviti sepanjang program Hari Terbuka Pi1M nanti. Sempena program... read more
Program Do It Yourself (DIY) Sempena Sambutan Chinese Ney Year
27 February 2018 | Berita Terkini27 Februari 2018 (Selasa) – Pihak pengurusan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo telah mengadakan Program Do It Yourself (DIY) sempena Sambutan Chinese New Year. Program ini diadakan bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Chinese New Year yang sudah berlalu tetapi juga untuk menjadikan para peserta kreatif menghasilkan tanglung dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi mengikut kreativiti masing-masing. Seramai 23 orang pelajar sekolah rendah telah terlibat dalam program ini yang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Program ini dimulakan dengan pendaftaran perserta dan kakitangan Pi1M juga mengambil kesempatan... read more