Latihan Keusahawanan (Expo Pendidikan)

29 September 2016 | Berita Terkini
Sempena Expo Pendidikan SMK Entilibon Tongod (Telupid) pada 17 dan 18 Ogos 2016 yang lepas bertempat di SMK Entilibon, gabungan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Daerah Tongod  iaitu Pi1M Kg. Linayukan, Pi1M Kg. Sogo-sogo dan Pi1M Pekan Tongod telah mengambil kesempatan untuk mengadakan pameran berkaitan perkhidmatan dan fungsi Pi1M. Penekanan pameran pada kali ini adalah berkaitan dengan Sijil Smart Learning Kolaborasi dengan Universiti Sains Malaysia, Latihan Keusahawanaan dan juga Advokasi Klik Dengan Bijak.  

Seramai lebih kurang  sembilan puluh tujuh (97) pengunjung yang terdiri daripada 56 orang perempuan dan 41 orang lelaki  telah mengambil risalah berkaitan Latihan Keusahawanan dan mendengar secara ringkas tentang Latihan Keusahawanan.