Latihan Keusahawanan (Program Hari Terbuka Pi1M)

29 September 2016 | Berita Terkini
Sempena Program Hari Terbuka Pi1M 2016 yang diadakan pada 10 September 2016, pihak kakitangan Pi1M mengambil kesempatan untuk mengadakan taklimat ringkas dan pengedaran risalah  berkaitan dengan Latihan Keusahawanan. Seramai empat puluh enam  (46) orang pengunjung yang terdiri daripada 25 orang perempuan dan 21 orang lelaki  telah mengambil risalah berkaitan Latihan Keusahawanan dan mendengar secara ringkas tentang Latihan Keusahawanan. Kakitangan Pi1M berharap semoga para komuniti yang sudah mendengar dan mengambil risalah tersebut dapat bertindak dan memanfaatkan kemudahan yang ada bagi menaikan taraf hidup mereka.