Program Hari Sukan Negara

15 October 2016 | Berita Terkini

08 Oktober 2016 (Sabtu) - Program Hari Sukan Negara sekali lagi telah diadakan serentak di seluruh negara pada tahun  ini. Program ini adalah kesinambungan daripada inisiatif yang dipacu Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif di dalam transformasi Malaysia sebagai sebuah negara sukan. Program ini mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja kepada masyarakat bandar tetapi turut mendapat sambutan dari masyarakat luar bandar. Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Sogo-sogo, Tongod juga tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian dalam program ini. Dengan kerjasama Persatuan Belia Kg. Sogo-sogo program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dilaksanakan di padang sekolah SK. Sogo-sogo, Tongod. Seawal jam 7.30 program senamrobik telah diadakan. Selepas itu sukan tradisional seperti tiup tepung, lari 100m dalam karung, sepak takraw dan cabutan tiket bertuah juga telah diadakan.

 

Melalui penganjuran program ini, penganjur dan komuniti dapat merasai kepentingan sihat tubuh badan melalui aktiviti yang dilakukan serta dapat meningkatkan kecergasan dalam diri malah menyihatkan tubuh badan. Adalah menjadi harapan agar acara ini akan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia selain dapat mengenalpasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti, menjana kesejahteraan komprehensif dan memupuk semangat perpaduan dalam negara.