Program Ceria Cahaya Pi1M

28 October 2016 | Berita Terkini

Pada 18 Oktober 2016 (Selasa), satu program yang dinamakan Program Ceria Cahaya Pi1M telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan daripada Pelajar Sekolah Rendah yang juga merupakan ahli Pi1M Kg. Sogo-sogo. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta. Seramai 6 orang peserta terlibat secara langsung dalam program ini. Dalam program ini, sebelum aktiviti diteruskan staf Pi1M mengambil kesempatan untuk mengadakan taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak bagi sama-sama mengetahui keselamatan semasa melayari internet samada melalui laman sosial menggunakan smartphone atau komputer.

Program diteruskan dengan slot taklimat ringkas daripada staf Pi1M  berkaitan aktiviti yang diadakan. Aktiviti yang diadakan adalah mewarna  item-item yang berkaitan dengan Hari Deepavali sempena Perayaan Hari Deepavali yang akan kunjung tiba pada akhir bulan Oktober ini. Antara kriteria yang dinilai dalam aktiviti ini adalah kekemasan mewarna, kreativiti dan penggunaan gabungan warna.

Aktiviti pada kali ini telah dimenangi oleh Adik Ernah Eloi (Johan), Adik Derrick Avendeo Jennieysius (Naib Johan) dan Adik Wilfred Haji (Tempat Ketiga). Syabas dan tahniah staf Pi1M ucapkan kepada para pemenang. Semoga pada masa-masa yang akan datang akan lebih ramai lagi peserta/komuniti yang akan mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan oleh Pi1M.