Program Advokasi dan Bengkel Kecantikan

31 October 2016 | Berita Terkini

Pada 09 Oktober 2016 (Ahad), Program Advokasi dan Bengkel Kecantikan LA'SOUL telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia dan Beliawanis Kampung Sogo-Sogo. Program ini bermula pada jam 2.00 petang dengan pendaftaran dan kehadiran para peserta sekitar Kampung Sogo-Sogo. Seramai 6 orang tenaga pengajar dan 11 orang peserta terlibat secara  langsung dalam program ini. Dalam program ini, staff Pi1M mengambil kesempatan mengadakan taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan Pi1M yang ditawarkan disamping mempromosikan USM Smart Learning kepada para peserta. Selain itu, taklimat ringkas Advokasi Klik Dengan Bijak juga diadakan bagi sama-sama mengetahui keselamatan semasa melayari internet.

Program ini diteruskan dengan slot taklimat dan ceramah ringkas daripada pihak penganjur berkaitan bengkel kecantikan yang diadakan. secara ringkasnya, bengkel kecantikan ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pendedahan kepada pengguna berhubung dengan produk kecantikan yang digunakan. Dalam bengkel ini, pihak penganjur mengetengahkan produk LA'SOUL yang semakin dikenali dan memberi peluang kepada para peserta untuk mencuba sendiri produk tersebut. Program seumpama ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan Pi1M dan masyarakat setempat tetapi juga dapat membina hubungan kerjasama yang baik antara sesama.