Program Advokasi dan Bengkel Video Kreatif

21 November 2016 | Berita Terkini

16 November 2016 (Rabu) – Sempena bermulanya cuti sekolah pada tahun ini, Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sogo-sogo telah mengadakan satu program khususnya untuk para pelajar Sekolah Menengah dan belia/beliwanis yang berminat menyertainya. Program tersebut diberi nama Program Advokasi dan Bengkel Video Kreatif. Program ini bertujuan untuk menambah pengetahuan para pelajar dan belia/beliawanis bagaimana menghasilkan video kreatif menggunakan perisian Wondershare Video Editor.

 

Sebelum bengkel video kreatif ini dilaksanakan taklimat ringkas advokasi KDB berkaitan dengan E-Waste telah dikongsikan oleh Cik Helena Kolurren (Penolong Pengurus Pi1M). Antara mesej yang disampaikan adalah peralatan elektronik seperti telefon bimbit yang sudah rosak perlu dikumpul dan dibuang di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan pencemaran yang boleh memudaratkan kesihatan.

 

Selepas taklimat ringkas advokasi KDB, bengkel menghasilkan video kreatif menggunakan perisin Wondershare Video Editor telah dilaksanakan. Tujuan program ini ada diadakan adalahbagi mendedahkan para pelajar sekolah menangah dan belia/beliawanis cara-cara menghasilkan video yang menarik. Dalam program ini para peserta telah diajar bagaimana merakam video dan seterusnya menyunting sehingga menghasilkan video yang menarik dan berdurasi pendek.

 

Seramai tujuh orang peserta telah menyertai bengkel menghasilkan video kreatif ini. Staf Pi1M Kg. Sogo-sogo berharap agar setiap peserta yang sudah menyertai bengkel ini dapat memanfaatkan pelajaran yang sudah dipelajari.