Program Gotong-royong bersama Komuniti

30 November 2016 | Berita Terkini

                                   

30 November 2016 (Rabu) – Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kg. Sogo-sogo dengan kerjasama komuniti yang tinggal disekitar Pi1M telah mengadakan program gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan luar dan dan Pi1M. Seawal jam 8.30 pagi, seramai lapan belas orang peserta termasuk kakitangan Pi1M telah datang untuk menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Pihak Pi1M sangat berterima kasih di atas kehadiran dan kerjasama semua komuniti yang telah sudi meluangkan masa untuk bergotong-royong bersama-sama. Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah memotong rumput, membersihkan parit, melap cermin, memungut sampah dan banyak lagi.

Pihak Pi1M percaya bahawa dengan adanya aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat menyemai sikap bekerjasama tetapi juga dapat menambah nilai kerajinan dalam diri setiap komuniti yang telah turut serta dalam aktiviti ini. Selain itu aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan PI1M dan semua komuniti. Diharapkan agar aktiviti seumpama ini dapat memberi manfaat kepada semua  komuniti yang terlibat.